Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera…
Siapa ada masalah macam aku dulu? Masa itu semalaman phone aku tak dapat detect sim card. dah shut down & restart banyak kali masih tak jadi. aku dah fed up!
Banyak kedai DiGi yang aku pergi keluar masuk hari itu untuk selesaikan masalah aku ni. Tapi tak dapat juga, last sekali ada brader di DiGi Store Berjaya Times Square bagitau aku kat mana boleh aku dapatkan sim card yang baru.
Setel Sim Kad Baru Dengan Cepat
Aku kasihan kan korang semua yang pakai line DiGi macam aku ni. Yang pertama sekali sebab aku tak nak korang ke hulu ke hilir macam aku nak cari jalan penyelesaian sampai berpeluh dan kuyup baju aku..baik masuk Fun Run..kah kah..
Hari ini aku nak ajar macam mana nak bagi setel dengan cara yang cepat, mudah dan berkesan. Entri khas ini untuk mereka yang pakai line DiGi sahaja. Yang pakai line lain, aku tak boleh tolong. Korang kena check dengan telco korang yer. Call helpline jer senang.
Masalah ini khas untuk mereka yang nak tukar sim card baru sahaja. Sekarang dah mudah, kau cuma kena cari Self-Service Machine macam dalam gambar yang aku sediakan itu.
Korang follow je langkah-langkah mudah di bawah, insyaAllah selesai dapat sim kad baru!
Langkah 1
Korang cari machine kiosk ini untuk dapatkan sim card DiGi yang baru kalau ada masalah dengan sim card – Invalid Sim
Langkah 2
Pilih bahasa yang korang faham supaya mudah untuk korang ikut arahan seterusnya
Langkah 3
Masukkan MyKad korang dan selepas itu letak ibu jari tangan pada scanner yang disediakan. Korang jangan letak jari kaki pula..ha ha..
Langkah 4
Tekan pada skrin nombor handphone korang untuk sim card diproses. Pastikan korang ingat nombor itu tau.
Langkah 5
Tunggu sebentar sementara permintaan korang diproses. Tak lama pun tunggu, sekejapan sahaja dia loading….
Langkah 6
Selepas itu skrin akan bertukar seperti di atas. Ini adalah pengesahan pembayaran. Caj RM10 sahaja akan dikenakan untuk satu sim card yang baru
Langkah 7
Korang jangan risau tak ada duit pecah. Mesin ini terima semua duit kertas seperti di atas. Duit syiling sahaja tak ambil. Yang itu korang simpan dalam tabung jer kat rumah..
Langkah 8
Selepas dah selesai buat bayaran, Sim Card baru korang dah siap dan duit balance akan dipulangkan seperti dalam gambar di atas ini. Tadi aku masukkan RM20 sekeping, jadi adalah balance di situ
Langkah 9
Kau juga boleh dapatkan resit bayaran. Aku memang akan ambil resit supaya senang di kemudian hari nanti. Manalah tahu sim card baru tak boleh pakai, aku boleh buat report nanti
Langkah 10
Selesai sudah semua proses. Korang terus duduk dan cuba masukkan sim card baru dan tengok dah ok ke line DiGi korang itu.
Selepas aku masukkan sim kad. Line terus OK dan message masuk bertalu-talu. Untuk rujukan korang, aku tukar sim kad ni tahun lepas. Rasanya machine ni dah ada banyak kat Digi Store.
Cubalah call dulu Digi Store yang berdekatan sebelum korang pergi yaa.
Selamat Menukar Sim Kad yang baru!