Hari ini aku ada training bersama beberapa ejen jualan dalam team besar aku. Seramai 11 orang ejen bersatu hati untuk bekerjasama. Mereka semua ada satu impian yang sama iaitu berjuang menjadi pemimpin kepada sebuah pasukan jualan.
Pelbagai target yang mereka berikan untuk mencapai matlamat mereka. Ada yang bagi masa selama 2 bulan untuk capai dan ada yang beri sehingga tahun 2020 dan meletakkan ianya sebagai Wawasan 2020 bagi hidup mereka.
Sifat Usaha Yang Tinggi
Perdana Menteri Malaysia yang ke-8, Tun Dr Mahathir pernah berkata kepada kakitangan kerajaan supaya perlu mempunyai nilai ikhlas, amanah dan sifat usaha yang tinggi bagi mencapai Wawasan 2020 yang disasarkan.
“Banyak tugas dan kerja yang perlu dibuat sebelum mencapai matlamat. Tetapi kalau tidak punyai niat yang baik, berpegang pada nilai yang mulia, maka segala cita-cita tidak akan tercapai,”
“Tuhan kurniakan kita pelbagai kebolehan, tuhan kurniakan kebolehan yang sama kepada semua, namun yang penting adalah bagaimana kita gunakan kebolehan yang diinginkan,” katanya.
(kata-kata tersebut dipetik dari artikel yang ditulis di sini)
Wawasan 2020 bermula dari individu
Kita semua ketahui untuk mencapai Wawasan 2020 sebagai sebuah negara maju ianya bermula pada individu. Jadi, aku dan team jualan aku akan berusaha keras dan memastikan impian kami tercapai menjelang tahun 2020.
Itu lebih penting buat kami. Dengan adanya target yang betul dan perancangan yang teratur, insyaAllah perjalanan itu lebih mudah walaupun ada banyak cabaran. Komitmen yang tinggi perlu diberi lebih kepada satu perkara supaya fokus itu lebih menjurus kearah apa yang diinginkan.
“Carrot & Stick”
Antara komitmen yang digunakan oleh kami buat masa ini adalah teknik “Carrot and Stick”. Ini satu cara bagi memastikan kita capai satu matlamat. “Carrot” bermaksud memberi keuntungan atau hadiah sebagai motivasi. Manakala “Stick” pula denda yang dikenakan jika tidak mencapai matlamat.
Cara ini sesuai digunakan kepada mereka yang betul mahukan kejayaan tersebut. Ianya mungkin boleh menjadi satu motivasi kepada seseorang. Tetapi jika seseorang itu tidak ada kemahuan. Maka cara tersebut tidak akan berhasil.
Jadi korang pula macam mana? Share lah apa yang korang nampak pada wawasan 2020 tak lama lagi..?