Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera…
Cuti sekolah masih berbekal dua hari lagi. Isnin ni dah nak mula sekolah. Kalau korang tak tahu nak bawa anak-anak pergi mana, boleh lah bawa mereka ke sini. Korang pun boleh turut serta aktiviti di sini bersama anak-anak.
Aku pun baru tahu lokasi ni bila anak aku Umar Nafidz dijemput ke birthday party kawannya. Bila aku sampai ke sini, aku terkejut betapa besarnya tempat ni. Dua tingkat pula tu. Ada lebih kurang 25 aktiviti yang boleh dilakukan. Korang pilih lah mana satu nak buat.
Birthday Party
Oleh kerana hari tu aku cuma menghantar sahaja anak aku. Jadi aku tak dapatlah join sekali. Lagipun aku dapat rasakan yang aku tak cukup fit untuk buat aktiviti yang ada kat sini. Confirm sakit belakang aku nanti. Tapi aku boleh lihat betapa gembiranya ibu dan ayah yang bermain bersama anak-anaknya di sana.
Oh ya..kalau nak buat birthday party pun boleh di sini. Mereka sediakan pakej khas untuk event tertentu. Siap bagi makan dan minuman termasuk tiket masuk. Rasanya perlukan lebih kurang 15 orang untuk book pakej khas ni.
Info Superpark Malaysia
Di bawah ni aku sertakan info sikit untuk korang check it out Superpark Malaysia ni macam mana.
Ticket Info : https://www.superpark.com.my/tickets/
Facebook : https://www.facebook.com/pg/SuperParkMY
Lokasi : Unit 4-1, Level 4, Avenue K Shopping Mall, 156, Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat, 10pagi – 9malam
Sabtu, Ahad dan Hari Cuti Am, 9pagi – 9malam
Telefon : +603 2789 1408 (9pagi – 6petang)