Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Jutaan terima kasih aku ucapkan kerana sudi singgah ke blog hidup aku ini. Izinkan aku kenalkan diri. Aku dilahirkan di Hospital Besar Alor Gajah, Melaka tetapi telah dibesarkan di pelbagai negeri yang aku pun tak ingat dan akhir sekali menetap di Kuala Lumpur. Nama sebenar Mohd Hafidz bin Zainul Abidin, tetapi menggunakan nama internet Hafidz Zed di media online seperti website, facebook, instagram, youtube channel dan lain-lain. Merupakan anak ketiga daripada enam orang adik beradik. Alhamdulillah sudah berumahtangga pada tahun April 2008 dan mempunyai tiga orang anak. Dua orang lelaki dan seorang perempuan.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah St. John (1) di KL dan kemudian berpindah ke Bangor, Wales bersama keluargaku. Ketika itu, ayah sambung melanjutkan pelajaran Master (MsC) di sana dalam bidang Hidrografi. Selepas dua tahun di sana, kami pulang ke Malaysia. Aku melanjutkan pelajaran di SMK Desa Tun Hussein Onn dan seterusnya ke Sekolah Menengah Teknik Cheras (TIKL) dalam jurusan Mechanical Engineering. Selepas SPM, aku bertukar jurusan ke Graphic Design di sebuah Kolej Swasta di Subang Jaya.
Aku sangat minat dalam mengajar usahawan Coway, bisnes internet, mereka grafik, gadget, teknologi, psikologi manusia dan penyelesaian masalah. Tujuan blog ini dibuat hanyalah untuk aku kongsikan sedikit ilmu yang aku tahu kepada masyarakat agar ianya dapat memberi manfaat kepada yang memerlukan.
Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara yaitu: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau doβa anak yang sholehβΒ (HR. Muslim no. 1631)
Aku pernah bertugas sebagai seorang Senior Manager di sebuah syarikat Korea iaitu Coway (M) Sdn Bhd yang bertapak di Malaysia. Di sini aku menjalankan aktiviti jualan dan membantu pasukan jualan aku untuk meraih pendapatan mengikut kemahuan mereka. Aku bermula di Coway pada bulan September 2013.
Di bawah adalah sedikit pencapaian aku dalam bidang perniagaan di Coway.
Pada bulan Oktober 2019 aku tidak lagi bersama Coway Malaysia. Aku berhenti dan mulakan perniagaan bersama adik aku di AZ FITNESS SDN BHD. Dalam masa yang sama aku meneruskan minat aku dalam mengajar lebih ramai orang tentang digital marketing terutama dalam Facebook Ads, Google Ads dan banyak lagi.
Aku suka mengajar jurujual yang perlukan ilmu digital marketing kerana mereka perlu memantapkan lagi skills dalam penjualan secara online selain mahir teknik offline yang sedia ada.
Di bawah sedikit testimoni mereka yang pernah belajar dengan aku.