Salam Ahad…Apa khabar..?
Di hari ahad ini, aku just lepak chill dengan family. Tadi aku pergi shopping mall hantar anak untuk hadir Birthday Party kawan dia. Tiba-tiba bila jalan di sana aku nampak kedai kasut, aku teringat semula yang dulu aku pernah jadi Si Tukang Kasut.
Ada orang tanya aku kenapa jual Penapis Air Coway sekarang ni, sedangkan aku pandai design pattern dan buat kasut dari ‘scratch’..(aku belajar dan pernah kerja dengan kilang kasut yang export kasut ke Europe – Italy & Germany).
Aku cerita sikit macam mana aku boleh belajar buat kasut ni. Pada tahun 2007, aku menyertai satu program khas yang dianjurkan oleh Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC). Lokasi di Shah Alam. Masa itu aku dah buntu tak tahu nak kerja apa selepas aku berhenti dalam industri bisnes MLM.
Oleh kerana kelayakan yang diperlukan untuk join program ini tak susah, maka aku dengan selambanya apply. Alhamdulillah aku dapat sertai. Kami belajar 6 bulan segala teori dan praktikal. Selepas itu kami diserap masuk ke dalam industri kilang kasut. Kami diberi pilihan untuk cari tempat praktikal.
Disebabkan aku minat dalam pembuatan kasut wanita, aku memilih untuk melengkapkan praktikal di Ultimate Footwear Sdn Bhd. Di sini aku menjadi seorang Designer Kasut dan Pattern Maker. Kerja kami memastikan setiap hari sample kasut aku siap dibuat.
Sample kasut aku dan rakan yang lain akan digunakan semasa ‘Shoes Fair’ di luar negara. Antaranya seperti MICAM Milano Shoes Fair dan Riva Del Garda Shoe Fair.
Flat Shoes Mary Jane Concept High Heels with Ornament Mary Jane Concept High Heels with Ornament Original Mary Jane Concept
Design Kasut memang passion aku. Untuk aku buat bisnes yang lebih besar seperti kilang kasut, aku perlukan satu platform yang boleh beri keuntungan yang bagus untuk simpanan perniagaan. Sekarang dengan platform bisnes Coway ini, alhamdulillah hidup aku makin baik. Ramai yang aku dapat bantu capai impian mereka di sini.
Dah cukup simpanan nanti aku akan venture dalam Industri Kasut juga nanti. Doakan aku berjaya untuk menjadi Pengilang kasut wanita melayu Pertama! Ke dah ada? Korang ada kenal orangnya? Kalau ada, kenalkan lah dengan aku yaa..mana tahu aku boleh belajar meniaga dengan mereka pula..
Impian jadi kenyataan bila kita usaha kuat-kuat sahaja dengan izin Allah SWT. Mari kita berusaha untuk capai impian kita bersama..
Pesan guru aku
oh yaaa..kalau korang masih muda lagi dan minat nak tahu tentang program Pembuatan Kasut di SHRDC ni, boleh klik sini!
Saya dah lama tahu awak terer design kasut. Design la satu loafers untuk saya
Wow. Ada ye course yang macam ni? Impressive. Insyaallah akan tercapai impian tu. aminn
KakRaja recently posted…Merpati Dua Sejoli
ada KakRaja…kena rajin sikit cari Skills Course sebegini..hehe
saya nak bukak bisnes kasut wanita …tapi now saya ada diploma in nursing tak ke saya buang masa hanya untuk benda yg saya tak tahu kesudahannya … tapi saya berminat …hmmm buntu
saya doakan semoga Cik jumpa jalan untuk pilih mana yang baik nanti..