Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..
Korang perasan tak bila orang lain senyum kat kita, secara spontan kita akan senyum semula kepada mereka. Paling teruk pun kita tak ada perasaan, tapi pipi akan bergerak ke atas. Ini terjadi juga bila kita senyum kat orang lain.
Kenapa perkara ini berlaku?
Mengikut kajian yang aku buat sendiri, aku suka senyum kat orang ramai tanpa sebab. Tujuan aku senyum, hanyalah untuk buat hari aku lebih baik. Kalau orang itu gembira, itu adalah bonus bagi aku.
Muka memang tak senyum
Hari ini perkara ini berlaku kepada aku. Dek kepenatan seharian aku dalam training, sudah pasti bila balik rumah sangatlah penat. Tak sabar sangat nak masuk tidur terus. Muka memang dah tak senyum dah lah.
Sebelum sahaja aku masuk ke parking rumah, biasanya aku akan nampak Security Guard. Aku selalu senyum kepada mereka setiap kali keluar masuk. Tapi malam ini, aku buat tak tahu sahaja.
Terus Bahagia, Mood Berubah
Aku akan lalu dua Security Guard. Satu di pintu utama, dan satu lagi sebelum masuk ke parking di main lobby. Yang aku nak bagitau, security guard di sini senyum pada aku bila aku mahu masuk ke parking.
Terkejut aku! Sebab dia tak pernah balas senyuman aku sebelum ini. Sejurus sahaja dia senyum, aku terus bahagia dan teringat akan anak-anak. Mood aku berubah. Penat hilang tiba-tiba. Tak sabar nak jumpa anak-anak.
Kekuatan Seharian
Korang cubalah sendiri. Senyum itu nampak mudah, tapi sangat susah dilakukan. Lebih-lebih lagi bila saat kita kepenatan. Inilah kekuatan seharian kita. Untuk kita lebih bahagia, kita hanya perlu senyum.
Biarkan orang lain kata kita gila sengih seorangan. Yang penting kita tahu ianya amat bermakna buat kita. Mulai hari ini, cubalah senyum kepada semua orang yang kita nampak.
Selamat senyum dengan senyuman yang paling manis.