Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera…
Pernah tak korang buat sesuatu perkara, lepas tu apa pun tak jadi? Aku pernah juga. Banyak kali pulak tu. Kadang rasa nak give up tu ada. Tapi aku pilih untuk teruskan buat sampai jadi!
Kenapa perlu buat sampai jadi? Sedangkan dah rasa nak berhenti buat dan dah penat dengan kegagalan berkali-kali? Itu yang aku selalu tanya kat diri aku sendiri setiap hari.
Masa Yang Menentukan
Jawapannya ialah sebab aku masih hidup lagi kat muka bumi ni. Allah SWT bagi aku nyawa untuk teruskan apa yang patut aku buat. Tak kisah lah sekecil-kecil bina almari kasut sehingga bina bisnes yang aku idamkan.
Aku tahu masa sahaja yang akan menentukannya. Yang penting aku terus berusaha dan cari solution untuk setiap kegagalan yang aku lalui. Cabaran memang banyak terutama bila aku banyak berurusan dengan manusia.
Support Yang Kuat Dan Padu
Salah satu cara untuk aku terus kuat berjuang adalah dengan mendapat support yang kuat dan padu. Salah seorang yang selalu ada ketika aku tak kuat, isteri aku Sheemi Mayanti. Kekuatan yang aku dapat dari beliau, membuatkan aku semangat untuk terus berjuang.
Jadi bila korang rasa nak give up, korang carilah orang yang akan bagi support kat korang. Dalam masa sama korang kenalah cari mentor atau guru untuk bidang yang korang tengah buat tu. Baru solution tu akan muncul.
Teruskan Buat Sampai Jadi
Teruskan buat sampai jadi! Tambah ilmu yang sepatutnya. Jangan sangka buruk terhadap apa yang berlaku. InsyaAllah satu hari nanti, korang akan capai apa yang korang mahukan.
Selamat buat sampai jadi!