Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Hari ini aku nak cerita sikit tentang tempat makan yang aku dan keluarga aku selalu pergi makan. Kalau korang minat makan makanan Sunda, tempat ini memang sesuai sangat dengan korang.
Nama tempat makan ini ialah Rumah Makan Cibiuk. Ada beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang. Yang aku biasa pergi ialah di Wangsa Maju. Sebab dekat dengan rumah aku.
Ayam Bakar
Di bawah ini aku sediakan menu untuk korang tengok. Harga bagi aku berpatutan dengan kelazatannya. Yang paling best kat sini ialah Ayam Bakar dan Talapia Goreng.
Pelbagai kepedasan sambal yang korang boleh pilih. Sambal ini korang boleh ambil sendiri di ruang yang disediakan. Korang tak perlu bayar dan boleh ambil sebanyak yang mungkin. Tapi kalau korang nak sambal yang special, korang kena order Sambal Cibiuk.
Berbaloi Makan
Kalau korang ada kesempatan datang ke area Wangsa Maju, korang boleh cuba makan di sini. Aku dah pernah bawa beberapa orang kawan datang ke sini. Mereka cakap makanan di sini sedap dan berbaloi.
Ok lah. Kalau korang nak datang area sini, jangan lupa ajak aku sekali. Mana tahu masa itu aku free, bolehlah kita makan sekali.
Selamat menikmati ayam bakar di Rumah Makan Cibiuk Wangsa Maju.
RUMAH MAKAN CIBIUK WANGSA MAJU
25-G, JALAN MAJU RIA 2, SEKSYEN 10 WANGSA MAJU, 53300 KUALA LUMPUR.
Link Waze: https://waze.com/ul/hw2865j146