Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera…
Biasanya hari Sabtu dan Ahad, banyak seminar dan kelas yang akan diadakan di seluruh Malaysia. Aku sendiri pernah buat kelas kecil berbayar untuk lebih kurang 20 orang ejen jualan di sebuah lokasi di Kuala Lumpur.
Sebagai pihak penganjur, aku pentingkan beberapa perkara ketika memilih ruang seminar atau kelas. Ianya bergantung pada apa yang hendak diajar ketika itu. Jika kelas online, aku sangat pentingkan kelajuan internet supaya peserta dapat buat tugasan dengan lebih cepat dan efektif.
Suasana Ruang Memberi Mood Ketika Belajar
Biasanya seminar yang diadakan di lokasi yang ada parking yang banyak, ruang solat dan tempat makan jika tiada makanan disediakan. Suasana ruang seminar juga penting untuk memberi mood yang best ketika belajar.
Sebagai penganjur, aku juga akan pastikan lokasi tersebut mudah untuk dijumpai apabila aku berikan waze location kepada peserta. Sepanjang aku pergi seminar di Kuala Lumpur, belum pernah lagi tak jumpa tempat seminar yang diadakan.
Fasiliti Asas Yang Perlu Ada
Selain daripada lokasi seminar, fasiliti asas seperti tempat duduk, ruang pergerakkan dan aircond amatlah penting bagi keselesaan peserta. Pernah beberapa kali aku pergi seminar, aircond tidak berfungsi dengan baik. Perkara sebegini mungkin akan berlaku, akan tetapi kita perlu ada backup plan segera.
Jika korang nak buat seminar atau kelas, pastikan segala perkara asas disediakan sebaiknya. Ini untuk mengelakkan mood gembira peserta hilang selepas keluar dari seminar. Jadi pastikan kita dan penyedia tempat seminar perlu bekerjasama menangani sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.
Sebagai peserta pula, kita teruskan belajar walaupun sedikit panas. Pengalaman ini akan membuatkan kita lebih ingat apa yang dipelajari sebab emosi ketika itu. Begitulah yang aku buat bila aircond tak berapa sejuk. Aku teruskan sahaja belajar sebab mission aku datang untuk belajar.
Selamat menjalankan seminar atau kelas yang berkualiti!
Setuju. Tempat memainkan peranan penting apabila melakukan aktiviti dan seminar. Line internet pasti kena ada. Hehe.