Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera…
Korang pernah tepuk tangan kuat-kuat dan bersorak bila orang lain dapat award atau anugerah kerana kejayaan mereka?
Aku suka sangat raikan kejayaan orang lain. Sebab aku diajar oleh mentor dan guru aku untuk meraikan kejayaan orang lain.
Sebab apa? Kerana ianya adalah satu perkara positif yang menyebabkan diri kita sendiri ingin berjaya seperti mereka yang dianugerahkan. Aku pasti satu hari korang juga akan naik ke pentas untuk diraikan.
Masa itu, korang juga mesti nak orang lain bertepuk tangan dan bersorak atas kejayaan korang. Ini lah saat yang korang akan rasa ramai orang berikan galakkan untuk korang terus berjaya.
Setiap Kejayaan, Ada Cabaran Yang Perlu Dilalui
Kejayaan yang dikecapi bukan mudah untuk dilalui. Setiap kejayaan, ada cerita di sebaliknya. Aku pasti penerima anugerah melalui pelbagai cabaran dan dugaan untuk sampai ke destinasi yang hendak mereka tuju.
Raikanlah kejayaan orang lain seperti mana korang mahu diraikan. Ianya akan jadi satu pemangkin untuk korang terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang diingini.
Selamat meraikan kejayaan orang lain tidak kira kita mengenali mereka atau tidak.