Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Dah masuk 20 hari kita berpuasa, pejam celik sahaja kan? Rasa macam baru sahaja bermula. Alhamdulillah kita masih bernyawa dan diberi peluang untuk hidup di bulan Ramadan tahun ini.
Korang mesti dah biasa dengan amalan sedekah ini. Banyak kebaikkan yang kita boleh dapat dari amalan yang mulia ini. Ianya sangat dianjurkan dalam mana-mana agama, kerana tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima.
Susah Nak Sedekah
Aku dulu susah nak sedekah secara konsisten. Maksud konsisten di sini ialah dengan sedekah setiap hari. Ya! Setiap hari. Ada cara dan teknik yang korang boleh praktikkan.
Cara yang pakai begini, setiap hari aku akan pastikan aku bagi RM1.00. Tak kisah lah bagi kat siapa pun. Yang penting aku kena bagi. Sama ada masuk tabung masjid boleh? bagi kat pekerja di petrol pump pun boleh. Janji duit RM1.00 tu korang kena keluarkan.
Jadi Habit
Tujuan aku buat begini supaya aku rasa ringan dan jadi habit. Jumlah duit itu tak penting untuk permulaan korang nak konsisten. Sebab kita nak hasilkan tabiat sedekah. Ramai orang yang rasa bila kita ada duit baru kita perlu sedekah. Sebenarnya itu bukan ukurannya.
Korang teruskan sedekah dengan jumlah yang korang suka. Janji korang bahagia. Selamat memberi setiap hari untuk dapat tabiat yang baik.