Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera…
Korang buat apa hari Sabtu ni? Mesti best kan cuti-cuti dan santai. Tapi bagi orang bisnes macam aku ni, hari cuti hari kerja. Dan hari kerja boleh jadi hari cuti.
Hari ini aku sempat singgah ke satu event kerjaya yang besar juga. Nama event ini, Mega Career Fair 2019. Ianya diadakan di KL Convention Center. Biasanya event ni berlangsung setiap tahun. Kadang-kadang dua kali setahun.
Temuduga on the spot
Di sini ramai graduan dari pelbagai bidang datang untuk mencari peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat gergasi. Ada sesetengah syarikat yang akan terus mengadakan temuduga ketika itu.
Ada juga syarikat yang menyediakan platform yang menawarkan khidmat carian kerja. Mereka mengambil data graduan dan diberikan kepada syarikat yang memerlukan.
Pengalaman kali pertama datang
Ini kali pertama aku datang ke event sebegini. Dulu aku tak pernah perlu cari kerja dengan cara ini. Mungkin sebab aku hanya belajar sampai Diploma sahaja. Selepas itu aku terus buat bisnes kecilan sebagai Freelance Designer.
Tadi aku sempat tengok pelbagai gelagat pengunjung di sini. Ada yang riang dan nampak harapan untuk bekerjaya dengan syarikat di sini. Ada juga yang hampa sebab temuduga tak lepas.
Sama-sama kita doakan para graduan di Malaysia untuk mendapat tempat di bidang kerja yang diinginkan. Apa-apa pun kita usaha yang terbaik, yang lain kita serahkan kepada Tuhan.
Selamat bekerja kuat lagi!
hai tuan designer, boleh bantu saya buat design ke?
boleh Tuan.