Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Rasa macam dah lama tak tulis pasal makan-makan bersama keluarga tercinta. Hari ini kebetulan keluarga di sebelah isteri aku Sheemi ajak pergi makan BBQ. Biasanya kalau cerita BBQ, kita mesti buat sendiri dan bakar sendiri.
Tapi kali ini berbeza, kami sekeluarga pergi makan di Restoran Beard Brothers BBQ. Lokasi di Tropicana Avenue. Di bawah sekali aku sertakan alamat dan waze untuk korang mudah nak ke sana nanti.
Konsep Restoran
Konsep restoran simple sahaja. Yang aku rasa best cara masak yang mereka gunakan. Cuba korang tengok gambar bawah ni. Itulah ‘BBQ Pit’ atau dapur masak yang digunakan.
Canggih betul! Cara masak gunakan haba atau kepanasan yang datang dari arang yang dibakar. Salah seorang pekerja di sana ada bagitau aku tadi yang mereka cuma masuk dua kali sehari. Sesi masak pada waktu siang dan malam sahaja.
Teratur betul sistem mereka. Korang cuma perlu order dan ambil makanan yang siap dimasak. Rasa makanan masih panas sebab mereka simpan di dalam dapur masak tadi selagi belum sedia untuk dihidangkan.
Memang Sedap Untuk Aku
Aku belum pernah lagi pergi ke kedai makan yang hidangkan makanan jenis BBQ ini sahaja. Ianya memang betul pengalaman pertama aku. Daging, kambing, ayam, sosej dan macam-macam lagi tadi aku makan. Memang sedap untuk aku!
Harga pula bagi aku berpatutan dengan servis dan kualiti yang kami dapat. Senang cerita, lagi banyak korang makan lagi banyaklah duit kena keluar. hehehe…
Jadi aku sediakan harga bagi set yang di jual dalam gambar bawah ni. Sekurang-kurangnya korang bersedialah untuk membayar apa yang korang makan.
Selamat menjamu selera di sana! Kalau perlu geng nak makan sekali, ajaklah aku sekali ye. Kita share lah, aku janji tak makan banyak.
Beard Brothers BBQ
PG-01, Persiaran Tropicana, Tropicana, 47410 Petaling Jaya, Selangor
Nombor Telefon : 012-319 0962
waze : https://waze.com/ul/hw281zg5xt
Waktu Operasi :
Jumaat | 6 – 10pm |
Sabtu | 11am – 10pm |
Ahad | 11am – 10pm |
Isnin | TUTUP |
Selasa – Khamis | 12 – 2pm, 6 – 10pm |