Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Macam mana dengan cuti hari raya korang? Mesti gembira kan? Bagaimana dengan makanan raya pula? Aku pasti mesti sedap dan lazat hidangan yang korang nikmati.
Sebelum malam raya yang lepas, aku dah order siap-siap lemang dari salah seorang ejen jualan aku. Tiap-tiap tahun beliau akan bakar lemang bersama keluarganya. Orang kampung pun memang selalu order dengan mereka. Dulu cuma meniaga dalam kampung sahaja, tapi sekarang orang lain yang tinggal di luar kawasan pun turut membeli.
Tak Perlu Beratur Panjang
Yang paling mudah sekali, lemang yang aku order ini dihantar dari Rawang kepada aku di Wangsa Maju, Kuala Lumpur (KL). Beliau juga akan hantar kepada mereka yang order di sekitar kawasan KL. Orang yang selalu beli lemang di KL memang dah biasa dengan beratur panjang untuk dapatkan lemang yang sedap. Ini adalah norma bila nak dekat hari raya Aidilfitri mahupun Aidiladha.
Dah tiga tahun berturut-turut aku order lemang sedap dari Rawang ini. Tak pernah mengecewakan tekak aku dan keluarga. Aku tak pasti lah tekak orang lain. Bagi aku lemang yang dibakar ini cukup rasa dan lembut bila dimakan.
Harga Berpatutan
Harga pula memang tak potong leher. Itu aku berani jamin. Biasa harga sebatang lemang yang dijual di pasaran bermula dari RM12. Itu pun saiz yang paling kecil, korang makan sorang dah habis. Kalau yang besar pula sampai RM26 pun ada aku tengok sesetengah kedai jual.
Jadi sebelum korang borong lemang banyak-banyak, korang kena pandai-pandai lah cuba dulu sebatang sebelum raya atau boleh tanya mereka yang biasa membeli lemang di kedai tersebut. Ejen aku ini biasanya hanya buka order untuk kenalan rapat sahaja. Tapi beliau bercadang untuk buka order kepada orang lain juga.
Order Katering Rumah Terbuka
Kalau korang nak order lemang Tok Joy ini untuk Rumah Terbuka atau katering, boleh hubungi beliau. Namanya Zahran. Ini nombor phone beliau 013-6420464. Nanti bila korang order, jangan lupa sebut nama aku tau. Boleh dapat diskaun. hahaha…
Oklah aku nak habiskan lebihan lemang yang masih aku simpan dalam fridge ini.
Selamat menikmati lemang yang lazat!