Beberapa hari ini aku asyik dengar orang tak sabar-sabar nak cerita tentang apa yang berlaku dalam Avengers Endgame. Jadi mereka akan cari geng yang dah tonton, supaya tak jadi spoiler kepada orang lain.
Biasanya aku akan jadi antara orang yang terawal untuk menonton movie Marvel bila ianya ditayangkan di pawagam. Tapi kali ini, aku pilih untuk menonton seminggu lambat kerana ingin melihat gelagat manusia yang sudah menonton.
Tapi hari ini aku bukan nak cerita tentang apa berlaku dalam Marvel Avengers Endgame. Korang memang kena tonton sendiri dan nilai. Entri ini aku nak cerita tentang TGV Indulge. Tempat yang aku pergi untuk menonton movie semalam.
Movie Yang Sesuai
Pawagam ini memang sesuai untuk menonton movie yang lama. Movie Endgame ni ambil masa nak dekat 3 jam. Mana nak larat duduk lama-lama kat kerusi yang tak selesa.
Jadi memang syok betul semalam dapat sandar dan kaki naik ke atas. Lebih-lebih lagi orang yang ada sakit belakang macam aku. Tempat duduk dalam TGV Indulge pun selesa. Sedar-sedar je dah habis movie.
Layanan ‘Butler’ Gitu
Dalam masa sama, korang boleh order makanan dan minimum melalui menu di tempat duduk sahaja. Bayar pun boleh terus pakai terminal debit atau kredit kad yang disediakan di tempat duduk. Makanan akan dihantar ke korang bila siap nanti. Kira macam ada ‘butler’ gitu.
Selimut juga disediakan. Korang boleh guna jika rasa sejuk nanti. Feel selesa dia macam kat rumah. Jarak antara tempat duduk aku dengan pelanggan yang lain pun selesa. Tak berlaku pelanggaran siku dan kaki macam pawagam yang biasa.
Berbaloi Ke?
Lokasi TGV Indulge tak banyak ada di Malaysia, mungkin tak ramai yang minat dengan fasiliti yang disediakan. Bagi aku ianya sesuai untuk mereka nak dating dengan isteri sambil layan movie yang panjang masanya.
Sekali sekala memang best untuk layan movie di sini. Aku rasa dah bertahun tak pergi pawagam sebegini. Mungkin sebab movie yang aku tengok sebelum ini tak berbaloi untuk ke sini.
Ianya satu pengalaman yang menarik bagi aku. Sebab aku sangat utamakan keselesaan ketika menonton movie yang aku minati. Lain orang lain citarasanya kan?
Korang boleh cuba dengan isteri atau suami untuk layan movie di sini. Nak jadikan hadiah tiket kepada orang lain pun boleh juga. Boleh baca info lanjut di sini: https://www.tgv.com.my/cinemas/halls/indulge.html
Selamat melayan movie di TGV Indulge!