Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera…
Mesti korang dah biasa guna touch ‘n go card untuk kehidupan seharian korang kan? Aku pernah guna kad touch ‘n go untuk beli makanan. Sekarang ni lagi mudah bila ada aplikasi touch ‘n go eWallet dalam phone.
Baru-baru ini aku berjaya aktifkan satu kemudahan baru dalam aplikasi touch ‘n go eWallet yang dinamakan Pay Direct. Dulu nak kena buat tambah nilai setiap bila baki berkurangan di lokasi tertentu sahaja.
Segala Transaksi Dalam Aplikasi
Bila ada touch ‘n go Pay Direct ini, aku cuma perlu tambah nilai dalam aplikasi sahaja. Kad touch ‘n go cuma dan smart tag hanya dijadikan sebagai pengantara. Segala transaksi dapat dilihat dengan mudah di aplikasi dalam phone.
Setiap kali lalu tol yang mempunyai kemudahan touch ‘n go Pay Direct, aku tak risau walaupun baki kad tidak mencukupi. Sebab dalam eWallet aku ada baki yang cukup untuk tampung.
Banyak Bantu Terutama Bila Baki Kad Tak Cukup
Pernah terjadi sekali kepada aku di laluan smart tag. Masa itu baki kad aku tak cukup, bukan main susah lagi nak keluar dari laluan tersebut untuk pergi laluan tambah nilai touch ‘n go. Kena hon tu biasalah. Yang tak tahan, bila ada sesetengah pemandu yang marah-marah.
Kemudahan touch ‘n go Pay Direct banyak bantu aku. Korang mesti dah biasa menggunakan kemudahan tambah nilai atau bayar bil guna phone kan? Begitu senang sahaja untuk aktifkan dan tambah nilai untuk touch ‘n go Pay Direct ini.
Touch ‘n Go Pay Direct
Untuk korang lebih faham lagi, aku sediakan video di bawah untuk korang tonton fungsi touch ‘n go Pay Direct ini.
Amacam? Best kan fungsi touch ‘n go Pay Direct? Aku rasa ada banyak lagi fungsi yang ada dalam aplikasi touch ‘n go yang korang boleh gunakan. Cukuplah aku cerita kelebihan touch ‘n go Pay Direct yang baru diperkenalkan di laluan tol dahulu.
Cubalah download dahulu aplikasi touch ‘n go dan ikut sahaja tutorial di bawah.
atau korang boleh check it out info di sini: https://www.tngdigital.com.my/paydirect.html
Selamat menggunakan Pay Direct dengan gembiranya!