Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera…
Setiap kali solat jumaat di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI) ni, aku akan berusaha untuk tahan nafsu makan kuih keria yang dijual di sini. Bukan apa, risau aku dengan kemanisan yang lazat dari kuih keria dimakan nanti. Terlalu banyak gula kan tak elok untuk kesihatan.
Kalau korang lalu di kawasan TTDI ini, bolehlah singgah dan rasa kuih keria lazat ini. Aku memang peminat kuih keria. Yang sedap untuk mulut aku, dah cukup bagi aku. Tak perlu viral dan sebagainya.
Kuih keria di sini, dijual oleh Ratu Keria. Mereka ada buat delivery juga. Harga aku tak pasti. Korang boleh tanya mereka nanti. Oleh kerana Ramadhan tak lama lagi, hari ni aku tak beli kuih keria. Sebab nak belajar kawal nafsu makan.
Lagi Best Bila Dah Lama Tak Makan
Benda yang best akan jadi lagi best bila kita tak buat selalu. Lebih-lebih lagi bila dah lama tak makan kuih keria ni selama sebulan. Sudah pasti sepanjang bulan ramadhan, kuih keria ini takkan dijual di Masjid. Semua kedai makan pun tutup di sini.
Kuih keria ini jadi lebih sedap bila kita menjamu orang lain. Kadang-kadang aku beli dan makan hanya satu. Selebihnya aku suka beri kepada orang lain.
Melihat wajah mereka senyum ketika makan, membuatkan aku lebih gembira. Mungkin aku ikut ibuku yang suka memberi makan kepada kawan-kawannya.
Kalau korang ada di sekitar Taman Tun Dr Ismail selepas bulan Ramadhan nanti, bolehlah ajak aku sekali. Kita solat jumaat dulu, lepas tu kita makan kuih keria bersama. Aku belanja.
Selamat mencuba kuih keria di Masjid At-Taqwa ini nanti.