Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera…
Hari ini aku nak kongsi sikit teknik yang aku pakai apabila memulakan sesuatu projek mereka grafik. Aku pernah ambil Diploma dalam bidang Reka Grafik dahulu. Tetapi waktu belajar dulu, tak sama pengalaman ketika buat betul-betul untuk pelanggan.
Teknik ini sebenarnya sama sahaja seperti korang memulakan sesuatu projek atau kerja. Ianya dinamakan Perancangan Awal. Tujuannya adalah untuk memudahkan kerja-kerja korang di kemudian hari.
Sediakan Checklist Sebelum Mereka Grafik
Pada mulanya aku tak ambil serius sangat tentang perkara ini. Tapi bila lama kelamaan, perancangan awal ini amat penting. Sebelum memulakan rekaan grafik, aku akan buat checklist dahulu.
Antaranya adalah seperti berikut;
1. Copywriting yang diperlukan – mesti ada orang check
2. Gambar yang diperlukan – outsource kat mana?
3. Rangka/Template yang sesuai – perlu beli atau tidak?
4. Tarikh yang pelanggan mahukan – untuk track masa
5. Digital atau Printing – final artwork
6. Berapa lama masa untuk printing – jika ada
7. Kualiti selepas dah jadi final artwork
Siapkan Projek Dengan Lebih Pantas
Daripada checklist di atas, baru aku boleh menyiapkan sesuatu projek itu mengikut masa yang sesuai dan menghasilkan kualiti grafik yang baik buat pelanggan. Kadang-kadang aku dapat siapkan dengan lebih pantas dari masa yang aku janjikan.
Sekarang ini aku dah tak kerja dalam bidang rekaan grafik. Tapi aku masih lagi menggunakan Adobe Illustrator sebagai software utama untuk mereka grafik. Pastikan software yang digunakan juga sesuai dengan keadaan semasa.
Perlukan Kesabaran Yang Tinggi
Rekaan grafik bagi aku sekarang adalah salah satu cara aku tenangkan fikiran dan maintain skills yang aku ada. Kadang-kadang aku kenakan bayaran juga selain berbakti pada pasukan jualan aku.
Kalau korang berminat nak belajar rekaan grafik, korang boleh sahaja youtube. Cuma kesabaran yang agak tinggi diperlukan. Jika minat yang mendalam, pasti korang akan berjaya menguasainya.
Selamat mereka grafik dengan keperluan asas yang betul.
Terbaik tuan. Ilmu baru yang boleh diteroka. Sangat bermakna.
Terima kasih Sabrijati. Nanti boleh cuba belajar design sikit-sikit. hehehe..
Hafidz Zed recently posted…7 Saluran Jualan Offline Yang Sesuai Untuk Jurujual