Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera…
Korang mesti pernah beli atau order barang dari platform online kan? Sudah semestinya korang akan beli dengan platform yang boleh dipercayai. Biasanya kepercayaan korang terhadap platform itu wujud, kerana ramai pelanggan yang akan bagi feedback yang baik.
Ada juga masa yang kita beli disebabkan situasi apabila kawan kita membeli dahulu dengan ejen yang sama. Apa-apa pun, kepercayaan inilah yang banyak membantu pelanggan membuat keputusan.
Bina Kepercayaan Pelanggan
Biasanya aku akan ajar ejen jualan dalam pasukan aku untuk membina kepercayaan pelanggan seawal yang mungkin. Tujuannya supaya mudah untuk mereka menjual lagi dan lagi kemudian hari.
Kajian ada menunjukkan pelanggan boleh membeli sebanyak 16 kali jika kita membina hubungan yang baik. Ramai ejen jualan terlupa untuk membina hubungan ini dek kerana sibuk dengan pelanggan yang baru.
Sediakan Database Pelanggan Yang Sedia Ada
Ya! Memang tak dinafikan korang perlukan pelanggan yang baru. Tapi jangan lupakan pelanggan yang sedia ada. Sediakan database pelanggan yang baik, supaya mudah untuk korang mendapatkan jualan apabila tiba masanya nanti.
Di bawah aku bagi beberapa idea yang boleh gunakan untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan, korang boleh gunakan saluran jualan yang sesuai ketika melakukannya;
1. Beri lebih dari apa yang mereka dapat
2. Hantar Kad Ucapan Selamat Hari Lahir
3. Hantar Kad Perayaan – Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina dan sebagainya
4. Tanya khabar pelanggan dan feedback tentang produk
5. Berikan voucher/produk tester percuma
Kreatif Dalam Menangi Hati Pelanggan
Banyak lagi cara-cara yang boleh korang gunakan untuk memenangi hati pelanggan. Jadilah sekreatif yang mungkin. Lebih-lebih lagi jika korang pemilik syarikat bisnes itu sendiri.
Pelbagai idea yang korang boleh dapatkan dengan mengkaji bagaimana syarikat gergasi menjaga pelanggan mereka.
Selamat membina kepercayaan pelanggan. Jika entri ini bermanfaat, kongsikan kepada rakan bisnes atau ejen jualan korang.