Assalamualikum dan Selamat Sejahtera…
Korang biasa tak bila dah semakin dewasa, kita susah sikit nak masuk apa yang diajar oleh seseorang. Kadang-kadang bukan sebab salah guru itu, tetapi disebabkan kita sendiri senang bosan dengan kaedah pembelajaran satu hala.
Ramai daripada kita dah biasa dengan pembelajaran satu hala dari zaman sekolah rendah sehingga sekarang. Itu yang kita mudah mengantuk bila dah lebih dari satu jam. Kadang-kadang 10 minit kita dah rasa nak tidur.
Mereka Faham, Mereka Buat
Sebagai seorang Ketua Pasukan Jualan dalam bisnes aku, pelbagai kaedah pembelajaran yang akan aku gunakan untuk memberi kefahaman yang baik kepada ejen-ejen jualan. Apabila mereka faham, kebarangkalian untuk mereka buat tindakan lebih tinggi.
Tidak kira sama ada secara berkumpulan atau individu. Biasanya aku akan gunakan alat bantuan mengajar (tools) yang sesuai ketika training yang aku kendalikan. Ada banyak tools percuma yang korang boleh cuba gunakan.
Tools Yang Sesuai
Yang paling penting bukan tools tetapi cara penyampaian dan penerangan dengan menggunakan tools tersebut. Bukankah matlamat guru, mahu mereka faham apa yang kita nak sampaikan.
Sedikit kreativiti dan kajian perlu dilakukan. Alat bantuan perlulah sesuai apabila digunakan. Ini antara tools yang aku gunakan ketika mengajar;
1. Aplikasi Kuiz Percuma – Buat kuiz selepas mengajar
2. Google Drive
3. Google Sheets
4. Google Forms – Survey atau Poll
5. Youtube Channel – Video berkaitan
6. Powerpoint Slides Yang Memukau
7. Games – untuk sampaikan sesuatu perkara
Setiap tools tersebut, ada pecahannya lagi. Terlalu banyak fungsi yang korang boleh explore dan cuba. Jika ada kesempatang, aku akan cuba buat beberapa tutorial tentang tools di atas.
Jadi, jika korang seorang trainer atau pengajar. Mulalah untuk menaiktaraf cara mengajar kerana semakin hari manusia semakin kurang beri perhatian terhadap pengajar.
Selamat mengajar dengan tools yang bagus!
“To pay attention, this is our endless and proper work.”
― Mary Oliver
Good tips. Terbaik 👍
Terima Kasih. Semoga bermanfaat.