Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera…
Ada sekali tu aku tengah nak bayar duit kat kaunter stesen minyak. Terdengar seorang uncle ni sedang bercakap dengan Cashier. “Saya mahu isi minyak, semua pakai point yang ada yaa…” Cashier pun angguk dan terus swipe dan buat apa yang patut.
Tiba-tiba baru aku teringat. Aku dulu memang kaki kad mata ganjaran. Korang cakaplah kad apa yang korang mahu. Dari minyak, makanan, restoran, supermarket, furniture sampai lah ke bonuslink dan macam-macam lagi lah.
Beli Barang Pakai Points
Sekarang ni aku dah malas nak pakai dah dek kerana aku dah penat nak bawa kad yang banyak tu ke hulu ke hilir. Tapi kalau boleh redeem point pakai apps dalam phone, aku sanggup. Sebab digital, phone satu je kena bawa. Kah kah!
Kad Mata Ganjaran ni memang banyak gunanya. Dulu masa aku tak cukup duit, memang aku selalu swipe untuk tebus minyak. Kadang-kadang aku guna untuk beli barang dengan points yang ada. Itu cara aku survive. Walaupun point dalam kad tak lah banyak mana.
Rahsia Kad Mata Ganjaran
Jadi kalau korang nak jimat cermat dan kiasu macam aku dulu, eloklah ada banyak kad mata ganjaran. Macam-macam korang boleh tebus bila point korang banyak. Ada sekali itu aku dapat jam tangan. hehehe..
Rahsia kejayaan kad mata ganjaran ni, korang kena pastikan pergi tempat yang sama sahaja. Jangan pergi brand yang lain. Contoh kalau dah biasa dengan isi minyak brand “P” tak perlulah pergi brand “S”. Rancang baik-baik perjalanan tu.
Di bawah aku senaraikan kad mata ganjaran yang korang boleh apply, ada yang percuma dan ada yang berbayar
- Bonuslink – boleh pakai kat banyak kedai
- Petrol – Petron Miles , Petronas Mesra
- Supermarket – HERO , Tesco
- Restoran – Sushi King , Kenny Rogers (BERJAYA)
- Coffee Shop – Starbucks , Coffee Bean
- Home & Furniture – IKEA , SSF Home
- Buku – Kinokuniya , MPH , Popular
- Kedai Elektrik – Senheng
Selamat menikmati mata ganjaran yang bernilai!