Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Manusia sering kali menghukum orang lain. Ini aku boleh katakan dah jadi lumrah kehidupan. Termasuk diri aku yang tak lepas dari sikap sebegini. Kadang-kadang kita terlalu marah sampai terlupa untuk lihat diri kita dahulu berbanding orang lain.
Pesan guru aku jika berlaku sesuatu terhadap diri kita, lihatlah akan kesilapan diri yang kita lakukan. Kita ini hamba sahaja, tak lari dari melakukan kesilapan. Namun kita kena sentiasa berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama berulang kali.
Keperluan Pelanggan
Aku bagi contoh dalam jualan, kita terlalu fikir untuk ‘close deal’ pelanggan sehingga terlupa keperluan pelanggan. Kita tidak memikirkan langsung apa yang pelanggan mahukan dan apa yang mereka bakal dapat dengan produk atau servis kita.
Kesilapan ini selalu berlaku di kalangan jurujual. Mereka terlalu gopoh sehingga pelanggan menjadi tidak senang untuk berurusan. Dek kerana kegopohan itu, pelanggan mencari alternatif walhal jualan itu akan berlaku jika kita sabar dan membantu menyelesaikan masalah pelanggan.
Teknik O.P.P.A
Oleh itu, aku sarangkan korang sebagai jurujual untuk menggunakan Teknik O.P.P.A yang aku reka sendiri dan kongsikan di bawah ini;
O – Opportunity (Peluang)
Peluang yang kita dapat bersama pelanggan hanya sekali. Pastikan kita tidak sia-siakan peluang ini. Peluang boleh datang dari pelbagai saluran jaluran. Apabila pelanggan berminat dengan produk atau servis kita, pastikan kita buat ‘fact finding’ dahulu.
P – Problem (Masalah)
Masalah ini bukan masalah kita tetapi apa cabaran yang dilalui oleh pelanggan. Peluang tadi wujud kerana pelanggan ada masalah yang boleh diselesaikan dengan produk atau servis kita.
P – Promise (Janji)
Ramai jurujual yang janjikan langit dan bintang apabila pelanggan mula setuju untuk beli. Janji tersebut adalah apa masalah yang boleh diselesaikan oleh produk atau servis korang. Ini bahagian paling kritikal sekali. Gunakan hasil ‘fact finding’ tadi untuk selesaikan masalah pelanggan.
A – Action (Tindakan Membeli)
Bila pelanggan dah gembira dengan segala janji manis korang, mereka akan bersetuju untuk membeli. Di sini ada satu lagi garisan yang aku namakan garisan Allah SWT iaitu sama ada terbuka hati mereka untuk membeli dengan korang. Masa ini lah korang kena banyak berdoa.
Janji Sedikit, Beri Lebih
Apabila jualan sudah berlaku, segala janji harus dikotakan. Bak kata pepatah, “jangan jadi seperti kacang lupakan kulit”. Pastikan korang tunaikan segala janji. Lebih baik korang janji sedikit tetapi beri lebih untuk dapat kepercayaan maksima dari pelanggan.
Kaji semula kesilapan diri yang biasa korang buat. Nilai dan betulkan dengan ‘upgarade skills’ yang penting. Bila kita buat berulang kali, kebarangkalian untuk kita ‘close deal’ lebih tinggi.
Selamat melihat kesilapan diri sebagai seorang jurujual.