Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Korang biasa tak lupa kat mana letak kunci? Kadang-kadang itu bila terjumpa kunci itu semula, rupanya ada di tempat yang tidak sepatutnya. Bukan di tempat yang biasa kita letak.
Boleh jadi ada orang yang ambil dan ubah lokasi asal kunci tersebut. Atau kita lupa yang kita letak di tempat berbeza. Mungkin masa itu kita telah diganggu dari melakukan rutin meletakkan kunci.
Kita senang untuk ingat apabila buat berulang kali perkara yang sama. Tetapi bila rutin ini diganggu, mesti jadi kacau bilau sedikit. Kajian menyatakan bila kita tidak lagi melakukan perkara yang sama, kita akan terlupa.
Otak kita juga cenderung untuk tidak ingat perkara yang kita tidak sukai. Jadi korang kena pastikan untuk buat perkara yang best sahaja berulang kali. Barulah korang akan mudah untuk ingat. Jika korang suka, confirm mudah sahaja nak ingat.
Cara lain untuk ingat sesuatu perkara, adalah dengan berlatih setiap hari. Dulu aku susah untuk konsisten berjalan kaki lebih dari 5,000 langkah setiap hari. Sekarang ini tanpa disedari ianya dah jadi rutin. Walaupun belakang aku sakit, aku tetap dapat jalan hampir 5,000 langkah.
Jadi untuk kita sama-sama ingat sesuatu perkara, kita cuma kena buat berulang kali sehingga ianya melekat di dalam minda kita.
Selamat membuat berulang kali.