Pagi tadi aku ke hari Sukan anakku yang ketiga. Nama manjanya Nyla. Aku tak dapat berada lama di situ. Dari jam 8.40pagi sehingga jam 10.20pagi. Aku bersyukur dapat melihat Nyla menghabiskan acara sukannya. Cuma sedikit sedih kerana anak-anak sebelum ini aku dapat hadir dari mula sampai habis.
Hari ini aku bukan nak cerita tentang hari sukan Nyla. Aku nak cerita kenapa aku pergi sekejap sahaja acara sukan tersebut. Habis sahaja acara Nyla, aku terus menukar baju ala casual yang biasa aku pakai untuk ke Seminar.
Sudah lewat dua jam
Perjalanan ke lokasi seminar dari acara sukan hanya ambil lebih kurang 20 minit. Sampai sahaja ke lokasi, aku terus naik ke dewan seminar di tingkat 2. Alhamdulillah masih dibenarkan masuk walaupun aku sudah lewat 2 jam dari waktu mula.
Biasanya ada seminar yang tak benarkan peserta masuk kerana tidak mahu mengganggu flow event dan penceramah yang sedang beraksi. Banyak yang aku terlepas. Tapi tak apa, nanti sahabat yang datang awal boleh share apa yang mereka pelajari.
Setiap manusia ada cabaran menimba ilmu
Baru aku sedar ada beberapa sahabat yang tidak dapat hadir. Kami sepatutnya berenam. Tetapi hanya empat orang yang berjaya hadir termasuk aku. Allahu…itulah maksudnya yang dikatakan oleh penceramah itu tadi.
Setiap manusia ada cabaran yang perlu mereka lalui. Sekecil untuk datang ke belajar ilmu di seminar ini. Ada yang tak sampai-sampai sehingga waktu makan tengahari. Mungkin ada perkara berbangkit yang berlaku.
Begitulah dalam belajar ilmu. Lagi banyak kita pelajari, lagi banyak kita tidak tahu. Betul kata pepatah “Ilmu itu pelita hidup…” mereka yang menambah ilmu setiap hari, akan lebih bijak dalam membuat keputusan.
Ilmu itu luas. Membaca artikel ini juga memerlukan ilmu. Ada yang guna teknik baca dengan laju dan hadamkan, dan ada yang baca perlahan sambil itu membuat analisa atau kesimpulan.
Aku selalu pesan kepada ejen-ejen dalam sales team aku dan orang lain untuk teruskan belajar. Kita harus belajar dengan sesiapa pun. Kerana mungkin ilmu itu kita tidak tahu kegunaannya nanti.
Cuma kita harus berfikir dan membuat keputusan yang rasional terhadap ilmu yang disampaikan oleh seseorang.
Hadith Tentang Ilmu
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga”
(Hadith Riwayat Muslim)
Huraian Hadith :
1. Orang yang menuntut ilmu akan mendapat kemudahan dan pertolongan daripada Allah SWT, dan mendapat ganjaran Syurga di akhirat kelak.
2. Orang yang berilmu pengetahuan mempunyai kelebihan tertentu kerana ia dapat memberi petunjuk kepada kebaikan dan dapat membezakan yang hak dengan yang batil.
3. Orang yang menuntut ilmu akan dapat memberi faedah kebaikan pada dirinya, masyarakat dan negara.
Sumber :
Kitab Riyadhus Salihin
(sumber ilmu: http://www.islam.gov.my/e-hadith/658-tuntutlah-ilmu)
Tuntutlah ilmu walau ke negeri China.
Pepatah ini dah proven ilmu sangat penting dalam kehidupan kita.
Sarena recently posted…Cinderella, Kisah Tak Lapuk Dek Zaman