Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera…
Tiba-tiba siang tadi aku teringat macam mana aku boleh mula berniaga. Jadi aku nak kongsikan apa yang aku buat dulu.
Ramai anak muda sekarang ingat bila nak berniaga perlu modal duit. Lebih-lebih lagi zaman ini ada pelbagai syarikat produk yang guna dropship dan ejen. Biasanya ada sedikit bayaran yang akan dikenakan untuk mereka bermula.
Hari ni aku nak cerita bagaimana kita boleh mula berniaga tanpa modal duit tetapi menggunakan apa yang ada pada diri kita. Haaaa!! Macam mana tu? Ok mulai dengan menulis idea di atas kertas dahulu.
Tulis Skills Yang Kita Ada
Apa yang aku mula-mula buat, aku tuliskan semua ‘skills’ yang aku ada. Sebagai contoh aku pernah belajar “graphic design” dahulu ketika Kolej. Jadi aku ada bakat untuk buat design atau mengajar orang menggunakan software Adobe Illustrator.
Selepas aku tulis segala kekuatan dan kelemahan dalam kedua skill ini, aku pilih yang lebih banyak kekuatan. Dan aku mula mencari di mana aku boleh gunakan skill ini.
Offer Khidmat Dengan Keluarga
Pada mulanya aku offer keluarga terdekat dan rakan-rakan yang perlukan khidmat aku. Ada yang berminat dan ada yang kata tak perlu. Aku berikan khidmat percuma dahulu supaya mereka percaya kepada aku.
Selepas itu aku kenakan bayaran untuk khidmat seterusnya. Pada mulanya tak banyak yang aku dapat. Dalam RM50 lebih kurang untuk satu design. Lama kelamaan aku dah mula dapat projek bulanan.
Setiap bulan aku dibayar RM 500 untuk lebih kurang 7-10 design. Dan ada sekali tu aku dapat lebih kurang 5 pelanggan untuk sebulan. Kalau kira di situ, aku dah dapat lebih kurang RM 2,500 sebulan untuk bisnes part time.
Buat Kecil-kecilan dahulu
Dalam masa yang sama aku kerja sepenuh masa. Begitulah aku berniaga pada mulanya. Dengan apa yang ada pada diri. Aku tak keluarkan modal duit tapi aku keluarkan modal insan dan otak yang Allah SWT kurniakan.
Jadi sebenarnya macam-macam lagi kita boleh mula berniaga. Buat kecil-kecilan dahulu. Lebih baik jika kita ada ‘passion’ terhadap kerja itu. Sekarang aku masih buat design, cuma untuk kekalkan skills yang ada supaya aku tak lupa.
Di bawah aku bagi list untuk korang mula berniaga tanpa modal dengan apa yang ada di rumah. Ini antara apa yang aku pernah buat. Mungkin dari sini korang dapat lah idea nak buat apa.
1. Cat Rumah/Perabot
2. Jual Karipap
3. Jual Buku Lama
4. Jual Barangan Yang Tidak Digunakan
5. Jual Suratkhabar
6. Potong Rumput
7. Kerja Menaip
8. Kerja Edar Flyers
9. Cuci Kereta
10. Repair Kasut
Semoga bermanfaat dan mulakan hari ini!
[…] dahulu. Cuba untuk tidak menjual barangan yang memerlukan kos yang tinggi seperti pakaian jika kita bermula bisnes dengan apa yang kita ada. Korang juga boleh mula dengan menjadi ejen atau dropship kepada produk orang […]