Hari ini aku dan team jualan aku keluar beramai-ramai untuk menyampaikan risalah tentang bagaimana bermula berniaga dengan platform yang kami ada. Kami pergi rumah ke rumah di sekitar kawasan Abdullah Hukum. Bermula dari 11 pagi hingga jam 4 petang.
Biasanya kami akan adakan aktiviti sebegini untuk menjual produk. Tetapi kali ini berbeza. Kami hanya sampaikan kepada penduduk di sana berapa untung jualan yang boleh mereka dapat jika menjual produk seperti kami. Ramai daripada mereka terkejut bila melihat untung jualan tersebut.
Maklumlah hari ini, hari bekerja. Ramai yang tiada di rumah. Setiap kali pintu dibuka, seorang tua baik lelaki atau wanita yang akan menjawab salam kami. Ini tanda yang bagus kerana anak-anak mereka bekerja kuat di luar dan menjaga ibu bapa di rumah selepas habis kerja.
Ada juga yang masih muda sedang tidur dek kepenatan bekerja dan hari ini hari cuti buat mereka. Beberapa orang turut menyantuni kami dan mendengar penerangan kami. Ada yang benarkan kami masuk. Ada yang siap bercerita tentang ekonomi keluarga mereka.
Terus Berjuang Untuk Ekonomi Keluarga
Aku dapati yang ramai orang yang sedang bertahan dan segelintir sahaja yang terus berjuang untuk meningkatkan ekonomi keluarga masing-masing. Aku sedih juga bila mendengar seorang Makcik yang menceritakan anak-anaknya balik sebulan sekali menjenguk keluarga dek kerja di luar kawasan. Makcik ini menjaga cucunya untuk memudahkan urusan kerja anaknya.
Begitulah hidup ini. Kita kena terus berjuang buat keluarga tercinta. Jika kita terus bertahan, kemungkinan besar kita akan merasakan hidup ini tertekan. Hari ini aku bersyukur dapat kenali lebih rapat lagi komuniti setempat. Dengan cara ini aku belajar melihat dari sudut berbeza.
Demi Ekonomi Keluarga
Kehidupan seperti menunggang basikal. Untuk menjaga keseimbangan anda, anda mesti terus bergerak.
– Albert Einstein
Doakan kami semua konsisten untuk terus berjuang dan bukan bertahan di dalam bisnes kami. Semoga korang juga berjuang demi ekonomi keluarga tercinta.
Terbaekkkkkkk sharing ini 😄
Terima Kasih bossck sudi baca posting saya 😀