Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera…
Baru ini aku perlukan renew insurans kereta dan road tax (cukai jalan). Ejen aku ada bagitau yang sekarang ini boleh renew road tax enam bulan sahaja walaupun insurans setahun.
Wahh! Aku terkejut sebab tak pernah dengar lagi sebelum ini. Mungkin sebab aku biasa renew setahun terus. Lebih mudah untuk aku ingat bila tamat tempoh. Tapi untuk mereka yang tak ada budget, bolehlah cuba ambil tempoh enam bulan ini.
Kelebihan dan Kekurangan
Tetapi korang kena ingatlah untuk renew road tax nanti bila nak dekat tamat tempoh. Ada kelebihan dan kekurangannya. Aku cerita kekurangannya iaitu bila korang terlupa. Terpaksa tambah nilai insurans yang setahun korang ambil tu.
Bila tamat tempoh enam bulan, korang kena cepat-cepat renew road tax itu. Sebab kita nak gunakan insurans yang sama. Kalau terlambat renew. Korang kena tambah duit mengikut bilangan hari yang terlambat dengan syarikat insurans.
Minta Ejen Ingatkan
Oleh itu, hati-hati apabila korang renew road tax selama enam bulan ini ya. Korang set dalam kalendar telefon korang supaya tak terlupa. Dalam masa sama minta tolong ejen korang ingatkan juga. Saling mengingati gitu. hehehe..
Korang cubalah dulu. Benda boleh rancang, kenapa nak kusut kan?
Selamat renew road tax tahunan!
Kahakahak masuk blog
hehehe..semoga bermanfaat untuk semua yang tak tahu lagi..