Pagi tadi aku pergi ke pusat fisioterapi untuk rawatan alternatif bagi sakit belakang yang aku alami. Sudah lebih kurang setahun aku tak menjalankan rawatan fisioterapi ni. Sebab kosnya boleh katakan agak tinggi untuk setiap kali lawatan.
Antara punca sakit belakang yang aku alami adalah akibat;
- Stress dengan isu kerja dan sebagainya
- Perubahan kepada cakera (disc)
- Duduk atau berdiri dengan postur badan yang tidak betul
- Selalu jatuh dan terhentak di bahagian belakang – masa main bola sepak
- Duduk lama sangat depan komputer atau di meja kerja
Kaki rasa macam tak boleh pakai
Pertama kali aku sakit sangat pada tahun lepas. Masa tu memang nak gerak pun susah. Kesakitan itu terasa sampai ke kaki aku. Yang paling tak boleh tahan tu kaki aku rasa macam tak boleh pakai. Rasa kebas dan otot aku keras yakmat. Masa ini memang aku stress sangat.
Selepas consult dengan Doktor Pakar Sukan di Klinik Sukan Subang Jaya, aku masuk fisioterapi. Setiap minggu, aku akan pergi sebanyak tiga kali. Belanja untuk rawatan lebih kurang RM450 untuk seminggu. Cubalah kira berapa sebulan. Cukup sebulan, aku berhenti fisioterapi.
Badan makin kuat
Aku mula buat senaman dan fisioterapi sendiri di rumah. Mula-mula aku konsisten. Tak pernah miss. Banyak masa aku habiskan untuk fisioterapi ni. Paling sekejap pun satu jam. Jadi aku kena susun jadual kerja dan personal aku baik-baik. Alhamdulilah badan aku makin kuat.
Produktiviti hidup dan kerja aku makin meningkat. Tapi lama kelamaan, aku mula kurang buat fisioterapi sendiri di rumah. Disebabkan aku banyak habiskan masa untuk kerja. Aku cuma buat senaman yang mana boleh sahaja. Asalkan ianya melegakan sakit belakang aku. Senaman ini mudah sahaja, tak ambil banyak masa.
Fisioterapi penting untuk cegah
Sebenarnya senaman ini tak mengcukupi untuk tampung aktiviti yang aku lakukan seharian. Fisioterapi amat penting untuk mencegah sakit belakang aku berulang. Semalam aku jumpa Doktor Klinik biasa, dia pesan kepada aku untuk tidak terlalu berlebihan ketika beraktiviti. Perlu kawal dengan baik. Dia pesan juga untuk aku teruskan fisioterapi untuk ‘maintain’ badan aku.
Jadi hari ini aku tulis entri ini untuk pesan kat diri sendiri dan rakan-rakan yang ada sakit belakang untuk tabah dan utamakan badan masing-masing. Bila perlu berhenti buat aktiviti, kena berhenti. Tak perlu push diri lagi. Memang otak kita kata boleh, tapi badan kita tak boleh nak terima tekanan tersebut.
Sayangilah badan kita sebab kita nak gunakannya lama. Buat selagi mampu sahaja, jangan buat sehingga kesakitan yang paling perit baru nak berhenti. Sekarang ni aku kaji setiap aktiviti harian aku. Sebab biasanya esok bila aku bangun, belakang aku akan sakit dan menyebabkan aku sengal badan dan susah nak bangun. Kadang-kadang ambil masa 30 minit untuk bangun dari katil.
Oh yaaa…kalau korang nak cuba buat rawatan, boleh lah hubungi tempat yang pernah aku buat fisioterapi ni;
Physigo(ini yang aku tengah pergi sekarang)
WQ PARK (ini setahun yang lepas)
Sports Backcare Specialist Sdn Bhd (Ini Doktor Pakar Sukan yang aku consult)
Oleh kerana aku dah decide untuk tak ambil injection atau operation, jadi aku kenalah kuatkan diri dan teruskan rawatan alternatif ini. Jadi kalau korang pun sama macam aku nak guna cara natural untuk sembuh, boleh lah cepat-cepat buat fisio yaa…
Dan paling penting aku nak pesan, cuba kawal stress di tempat kerja dan hidup seharian. Sebab itu salah satu punca yang buat sakit belakang tu menyakitkan lagi. Tapi memang susah nak kawal, tapi cubalah. Maybe korang boleh pergi swimming..kah kah..
Slow down and everything you are chasing will come around and catch you.
John De Paola
Kalau korang ada lokasi yang boleh bantu geng sakit belakang macam aku, boleh lah kasi idea kat ruang komen..terima kasih in advance aku ucapkan..
Wow. Tq saya pun sakit belakang ni semenjak 2 3 bulan ni.
KakRaja recently posted…Merpati Dua Sejoli