Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Hari ini masuk hari kedua aku bekerja dari rumah setelah kerajaan Malaysia memutuskan untuk kuatkuasa “Restricted Movement” bagi mengawal merebaknya virus COVID-19 yang boleh membawa maut ini.
لَا تُلْقُوا۟ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى ٱلتَّهْلُكَةِ
Maksudnya : “Janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan…” – Surah Al-Baqarah (195)
Nasib baik aku dah biasa bekerja dari rumah, maklumlah aku pernah jadi “house-husband” satu ketika dulu. Waktu itu anak aku Umar Nafidz dilahirkan pada tahun 2008. Alhamdulillah aku bolehlah spend banyak masa lagi dengan anak-anak dan tahu mereka selamat.
Terkesan Kerana Tak Dapat Berurusniaga Seperti Biasa
Ramai orang sebenarnya terkesan dengan apa yang berlaku, termasuklah aku. Lebih-lebih lagi aku salah seorang yang menjalankan perniagaan fitness dan latihan. Boleh katakan setiap hari kami akan berjumpa dengan orang ramai untuk memberi khidmat kami. Dengan sekatan ini, kami terpaksa mencari alternatif lain untuk kekalkan perniagaan seperti biasa tetapi dengan cara yang berbeza.
Sudah tentu pengalaman yang dirasai oleh pelanggan tidak sama seperti biasa. Oleh itu ramai juga pelanggan terpaksa tarik diri dan bayaran semula perlu diberikan. Perniagaan aku tidaklah sebesar syarikat gergasi yang ada di luar sana, cukuplah untuk aku bayar pekerja yang ada dan “survive” selama ini.
“Just Stay At Home”
Dengan keadaan yang berlaku sekarang, syarikat aku terasa impak yang besar tetapi aku amat faham betapa pentingnya untuk berada di rumah dan follow segala arahan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan terutama apa yang disampaikan berkali-kali oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Within the period of two weeks, all of you and your children should spend more time at home…
https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/03/18/just-stay-at-home-to-protect-yourselves-pm-tells-malaysians)
“Just stay at home. No need to go out anywhere…”
“With this, everyone can avoid and help stop the spread of the Covid-19 outbreak and Insyallah, it will be stopped,”
Aku pasti ramai peniaga kecil seperti aku ada perasaan yang takut dan tidak tahu apa nak dibuat. Yang paling risaukan; kita tertanya: bilakah keadaan ini akan berakhir? Pelbagai persoalan lain seperti, macam mana nak dapat komisyen? Kalau bank pun dah mula bagi 6 bulan waive bayaran loan, maknanya lama lagi lah kita kerja di rumah..?
Oleh itu aku bagi saranan kepada diri aku sendiri dan korang yang berniaga untuk buatlah “Business Planning” semula supaya kita sama-sama boleh hadapi keadaan ini dengan lebih tenang dan insyaAllah ianya akan bertambah baik nanti.
Kuatkan Pemasaran Secara Online Sekarang!
Jika korang masih belum all out dalam dunia digital, cepat-cepatlah bertindak. Ini bukan lagi masanya untuk gunakan kaedah cuba-cuba dan tengok dulu lah. Zaman itu dah tamat, ini masanya kau buatlah sebanyak mungkin “content” sama ada menjual atau menyampaikan info di semua platform yang kau tahu.
Semoga Allah SWT berikan kekuatan kepada kita semua dan marilah kita meminta kepada Tuhan yang satu untuk bebaskan dunia dari segala penyakit dan bala bencana. Kerana Allah SWT sahaja yang boleh membantu kita di waktu begini.