Assalamulaikum dan selamat sejahtera
Ramai di kalangan kita nak kurus dan sihat. Kalau korang buat carian di google, banyak artikel yang telah ditulis tentang cara pemakanan dan juga penjualan ubatan serta minuman untuk kurus. Dalam artikel kali ini, aku akan lebih menceritakan cara untuk kurus dengan senaman.
Ye betul! Senaman!!
Sebenarnya tiada guna kalau kita jaga pemakanan, makan pil atau ubat kurus tapi kita tidak bersenam. Badan kita perlu bergerak dan aktif. Dalam masa yang sama kita pilih makanan yang sedap dimakan tetapi mengikut piramid makanan yang seimbang.
Senaman Ringkas 2 atau 3 kali Seminggu
Senaman ringkas sebanyak 2 atau 3 kali seminggu sebenarnya sudah cukup untuk membuatkan seseorang itu kurus. Yang penting bukan buat hanya sekali tetapi senaman patut dilakukan secara konsisten. Untuk mendapatkan badan idaman korang, ianya mengambil masa mengikut kerajinan dan daya tahan sesorang untuk berjaya.
Pernah dengar kenapa ada orang berjaya kurus dan ada yang tak berjaya? Ianya disebabkan kepercayaan dan tindakan individu terhadap impian mereka. Dalam hidup ini memang kita kena buat dan terus buat sehingga kita capai impian kita.
Untuk bantu korang bersenam, aku sediakan video senaman di bawah ini. Senaman ini sangat mudah dilakukan di rumah atau di mana sahaja korang berada. Ikut sahaja langkah demi langkah. Yang penting bertindak segera.
Terpedaya Dengan Ubatan Kurus
Aku harap korang jangan terlalu terpedaya dengan janji manis produk cantik, putih kurus dan macam-macam lagi yang ada di luar sana. Banyak juga kajian menyatakan ianya boleh merosakkan buah pinggang. Boleh baca artikel akhbar di sini.
Semoga korang terus konsisten untuk jaga pemakanan yang tidak membebankan dan bersenamlah untuk mendapatkan gaya hidup sihat sekaligus mencapai badan idaman korang.
Selamat mencuba video senaman yang aku berikan. Kalau nak lagi video senaman untuk dilakukan dalam masa seminggu? Boleh dapatkan di sini.