Mungkin korang belum pernah lagi tahu sekarang ni kita dah boleh cek baki dan transfer duit tabung haji melalui online. Baru-baru ini aku pun dapat tahu dari kawan aku yang dah gunakan aplikasi mudah ni.
Sebelum ini, aku biasa gunakan deposit duit di Bank Islam untuk masukkan duit ke dalam akaun tabung haji. Selepas itu, aku gunakan online banking pula.
Dengan adanya aplikasi Thijari ini, lagi mudah korang cuma perlu download dan daftar untuk gunakan semua fungsi yang ada dalam aplikasi ini.
Apa Yang Best Sangat Thijari Apps Ini?
1. Korang boleh buat semakan penyata, urusan simpanan & transfer duit dengan mudah.
2. Urusan Haji – Boleh semak status pendaftaran dan surat tawaran Haji.
3. Kelab TaHA – Nikmati diskaun dari senarai Rakan Kelab TaHa.
Langkah Mudah Untuk Dapatkan Aplikasi Thijari
- Kemaskini Maklumat Ahli
2. Layari Laman Web THiJARI – https://www.thijari.com.my/
3. Ikuti cara-cara yang ada dalam gambar di bawah. Korang juga boleh tonton video yang aku sediakan di akhir artikel ini.
Aku doakan korang semua dapat monitor duit dalam tabung haji supaya boleh pergi haji nanti. Semoga korang sihat, kuat dan dapat lakukan ibadah haji yang mabrur.
Maklumat Tambahan Jika Ada Pertanyaan
Sebarang kemusykilan dan pertanyaan lanjut berkaitan THiJARI, sila kunjungi Pejabat Cawangan TH yang berdekatan atau hubungi:
Tabung Haji Contact Centre (THCC)
Telefon : +603 – 6207 1919
Faks : +603 – 7728 4959
Emel : th-info@lth.gov.my
Waktu Operasi : 8:00 pagi – 6:30 petang
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)
Korang boleh follow media sosial Tabung Haji untuk update terkini di
Facebook : Lembaga Tabung Haji
Instagram : Lembaga Tabung Haji
Wah.. semakin senang lepas ni. Thanks kongsi
Azhar Rosli recently posted…3 Tips Untuk Capai Impian
betul Tuan Azhar..lepas ini lebih mudah..