Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Sejak kebelakangan ini aku tidak sempat untuk susun masa untuk menulis artikel di blog ini. Macam-macam perkara berlaku sehinggakan rutin harian aku sedikit terjejas. Aku terpaksa tukar waktu aku biasa menulis kepada waktu yang berbeza tetapi gagal.
Lama kelamaan aku menjadi malas untuk menulis. Kita kan manusia biasa sahaja. Ada masanya kita akan ‘give up’ dengan perkara yang biasa kita buat kerana ada urusan lain yang perlu diselesaikan.
Mula Menulis
Hari ini aku mula menulis. Cara yang paling efektif aku kuasai kemalasan aku adalah dengan dengan paksa diri untuk menulis walaupun aku rasa susah! Aku cuma perlu tulis satu perenggan dahulu dan idea mula datang.
Ramai daripada kita tidak bermula untuk melakukan sesuatu kerana kita tidak mengambil langkah yang pertama. Akhirnya kita terus tidak buat dan memberikan seribu alasan. Sebenarnya sikap malas dalam diri telah menguasai kita.
Tukar Habit
Oleh itu kita perlu tukar tabiat atau habit kita dengan satu langkah yang paling mudah. Carilah perkara mudah yang boleh dilakukan dahulu. Yang penting bukan kesempurnaan tetapi permulaannya. Jika kita sudah bermula dan terus buat, kesempurnaan akan berlaku.
Doakan aku terus konsisten menulis di blog ini dengan artikel yang lebih manfaat kepada orang ramai lebih-lebih lagi mereka yang inginkan tips jualan di dalam bisnes atau sebagai jurujual.
Selamat memulakan langkah pertama korang dan sama-sama kita terus buat sehingga berjumpa dengan kesempurnaan yang kita mahukan.