Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera…
Ramai ejen jualan tanya aku apa beza sales & marketing? Pelbagai cara aku explain kat mereka. Kadang-kadang aku tunjuk ‘live’ dan ada masa aku cuma lukis gambarajah supaya mudah faham.
Kedua-duanya berkait rapat sehingga ramai ejen jualan keliru nak buat mana satu. Kalau korang ejen jualan, tak perlu pening kepala. Memang apa yang korang promosikan itu dah betul. Cuma kena faham hasilnya berbeza.
Aktiviti Jualan Yang Boleh Dilakukan
Apa bezanya? Begini, bila kita mahu hasil yang cepat kita perlu buat SALES! Sebabnya kita boleh dapat jawapan YA! atau TIDAK! dari bakal pelanggan kita.
Antara aktiviti sales yang simple boleh kita lakukan adalah dengan terus bertanya kepada prospek bila dia akan buat pembelian. Kita boleh ke kedai makan atau ke rumah mereka untuk aktiviti ini.
Contoh Aktiviti Marketing
Untuk MARKETING pula, biasanya ejen jualan akan hantar promosi bergambar di whatsapp. Ini aktiviti yang kerap dilakukan. Yang paling penting ketika aktiviti ini, perlu ada rekod berapa ramai respon.
Biasanya tak ramai bakal pelanggan akan respon. Disebabkan ianya ibarat pemberitahuan yang kita sedang buat promosi. Jika ada yang berminat, mereka akan bertanya. Dan mungkin bila perlu, mereka akan cari kita semula.
Untuk Hasil Lumayan
Oleh itu kalau nak hasil lumayan dan cepat, korang kena jumpa atau lebih banyak bertanya kepada prospek. Itulah tugas sebenar jurujual. Jurujual bukan sekadar hantar flyers, blast message dan lain-lain aktiviti marketing.
Untuk memudahkan aktiviti seharian jurujual, boleh ikut jadual aku tuliskan di bawah. Aku menggunakannya sejak aku mula menjual. Ianya sesuai untuk semua jenis jualan. Yang penting kena ada tindakan.
JADUAL HARIAN AKU SEBAGAI JURUJUAL COWAY (2013-2014)
Selamat menjalankan aktiviti SALES yang berkesan dan lumayan!
terima kasih atas tips tuan
terima kasih atas tips tuan yang bernas ni
Terbaekk tips ni bosku. I adore u bossku
King Shah recently posted…Manisnya Senyumanmu