Assalamualaikum…Sekejap jer dah hari Rabu kan? Macam mana dengan kerja korang…semoga semuanya berjalan dengan lancar…
Hari Sabtu lepas aku pergi menonton cerita Captain Marvel bersama isteri tercinta. Dah lama aku tunggu cerita ni keluar. Aku bukan fan geek macam sahabat aku seorang ini. Aku cuma suka tengok Superhero movies jer. Sebab tu aku akan follow sebaik mungkin.
Selepas selesai menonton, kami pergi berjumpa dengan sahabat handai yang lama kami tidak bersua. Macam biasa topik-topik hangat akan bermula. Soalan normal yang akan ditanya, “weiii..ko dah tengok ke movie Captain Marvel…?”
Sahabat aku sorang ni fan giler dengan cerita Marvel. Sebelum tengok kat wayang, dia akan study dan tonton semula apa yang patut supaya kefahaman menonton itu lebih best! Aku rasa ilmu Marvel yang diketahui memang padu beb! Kau tanyalah apa sahaja, kebarangkalian untuk dia bagi jawapan itu tinggi..kah kah…
Bila ditanya soalan macam ni, sahabat aku ni terus menjerit sambil tepuk tangan kuat-kuat; “BEST GILERRRR DOHHH CAPTAIN MARVEL NIIII…!!” aku terkesima melihat reaksi beliau, mana taknya boleh katakan orang sekeliling semua pun melihat kami dan tertanya-tanya..
Tergelak dengan reaksi beliau
Aku dan sahabat yang lain hanya mampu tergelak sahaja. Sebab kami dah biasa dengan perangainya. Tapi cerita tu memang best lah. Korang memang patut tengok jika suka akan cerita Marvel ni. Lagi elok jika kalian follow cerita Avengers.
Lebih mudah untuk korang fahami plot cerita dan kenapa Captain Marvel ini “the missing puzzle”. Bagi aku cerita ni ada manfaat dalam hidup. Sebagai contoh bagaimana seorang manusia menyedari dirinya manusia dan asal-usulnya walaupun ada “Super Power” (baca: pangkat dan kuasa)
Jadi aku tak suka untuk cerita bagaimana kisahnya dan apa kesudahannya. Eloklah korang pergi ke wayang dan beli tiket segera untuk tahu apa yang boleh dipelajari. Aku sendiri akan bagi 3.70 Bintang untuk cerita ni disebabkan Marvel pernah buat cerita yang lebih best!
Lain orang, lain minatnya
Lain orang lain kesukaannya. Mungkin korang akan bagi lebih atau kurang. Apa-apa pun selamat menonton, bila dah tengok nanti bolehlah bagi bintang kat ruang komen kat bawah ni.
Selamat Menonton! >_<
Saya pulak dah tengok banyak cerita superheroes ni tapi masih blur which is which huhu
KakRaja recently posted…Merpati Dua Sejoli