Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera…
Hari ini aku dan keluarga dapat bersama untuk pergi ke G2G Animal Garden di MAEPS, Serdang. Dah lama nak pergi untuk bagi anak-anak aku tengok kambing dan rusa di depan mata sambil boleh bagi haiwan ini makan.
Mereka teruja sebab sebelum ni tengok dari jauh sahaja bila kat Zoo Negara. Kali ini mereka dapat rasai sendiri walaupun tak lah lama sangat pun. Yang penting pengalaman itu ada terpahat dalam minda dan jiwa mereka.
Sesuai Untuk Anak-Anak
Tempat G2G Animal Garden ini tak besar mana. Ianya sesuai untuk bawa anak-anak yang tidak boleh membuat sesuatu aktiviti terlalu lama. Satu jam yang kualiti bagi mereka di sini sudah cukup.
Macam anak-anak aku suka dan teruja pada mulanya melihat haiwan yang tak pernah jumpa sebelum ini. Selepas itu mula bosan dan akan beredar ke haiwan seterusnya.
Harga Tiket Berbaloi
Harga tiket pun berbaloi dengan apa yang ditawarkan. Untuk kami berlima, hanya RM85.00 perlu dibayar. Kanak-kanak yang ketinggian di bawah 90cm, tak perlu bayar.
Di sini juga ada pelbagai jenis haiwan yang lain. Sebagai contoh burung, arnab, reptilia, kuda, lembu, burung unta dan macam-macam lagi lah. Memang seronok untuk anak-anak. Ada haiwan yang kita boleh pegang dan beri makan.
Korang boleh tonton video pendek aku buat di bawah ini untuk sekurang-kurangnya tahu rupa tempat ni macam mana.
Untuk info lanjut, korang boleh masuk facebook page G2G Animal Garden.
Lokasi: Jalan MAEPS 4/1, Fasa 3 Presint 9, 43400 Serdang, Selangor
Waktu Operasi: BUKA Setiap Hari kecuali Hari Selasa (10pagi – 6petang)
Selamat bermesra dengan kambing dan rusa.