Syok betul aku tengok budak sekolah bila dapat cuti bulan Mac ini. Teringat masa zaman sekolah dulu, masa cuti sekolah paling dinantikan. Tak sabar nak bermain bersama kawan-kawan setaman dari pagi sampai petang.
Tapi zaman sekarang berbeza. Ibu bapa mula bawa anak ke pejabat ketika waktu cuti sekolah. Mungkin disebabkan mereka tak dapat cuti dan juga tiada penjaga. Biasanya anak pergi sekolah di waktu pagi hingga ke petang.
Riang Bermain Di Pejabat
Bagi mereka yang tak bawa anak ke pejabat mungkin akan rasa sedikit tidak selesa. Ini antara masalah yang aku dengar kerap kali cuti sekolah. Ada ketika masa anak-anak terlalu riang bermain sehingga terlupa mereka di pejabat.
Kita tak boleh salahkan anak-anak ini, sebab mereka dalam fasa bermain dan perlukannya untuk ‘motor skills’ yang lebih baik. Saat bermain untuk anak-anak tidak boleh dihalang.
Hadkan Untuk Tidak Ketagih
Bancian ada menyatakan 57% daripada ibu bapa memberitahu yang anak-anak mereka lebih banyak belajar dan faham melalui cara bermain. Permainan video game juga bagus untuk mereka tetapi masa perlu dihadkan untuk tidak ketagih.
Ibu bapa yang bawa anak ke pejabat, perlulah mengambil tanggungjawab penuh untuk mengawal selia anak-anak ketika bermain. Cukuplah tidak menaikkan kemarahan kawan sepejabat yang lain.
Tolak Ansur
Aku pasti ramai daripada mereka faham dan boleh bertolak ansur. Cuma kita ini janganlah terlalu ambil enteng dan sikap sambil lewa sahaja.
Cara yang lain pula, dengan susun jadual aktiviti untuk anak-anak. Sebagai contoh boleh masukkan mereka ke kem aktiviti lasak atau ada juga pusat aktiviti yang santai seperti Kidocode dan Superpark Malaysia.
Kami tidak berhenti bermain kerana kami sudah tua; kami menjadi lebih tua kerana kami berhenti bermain.
-George Bernard Shaw
Apa pun yang mereka lakukan, pastikan kita beri perhatian kepada mereka. Selamat melayan anak-anak untuk cuti sekolah March 2019 ni!