Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Dah lama juga aku tinggalkan blog ini tanpa penulisan. Last sekali artikel yang aku tulis pada bulan September 2019. Boleh tahan sibuk aku sampai ke hari ini. Itu yang tak sempat sangat nak menulis di sini. Rasa rindu nak menulis memang ada cuma tak dapat direalisasikan. haha..
Jadi permulaan tahun baru ini, aku nekad nak mula semula menulis secara konsisten. Tak dapat tulis setiap hari pun sekurang-kurangnya aku dapat tulis setiap minggu atau setiap bulan pun jadi lah. Rasa janggal juga masa mula aku taip di sini.
Pelbagai Azam Tahun Baru
Aku dapati ramai orang berazam setiap kali masuk tahun baru. Ada yang nak kurus, buat bisnes, berkahwin, melancong, beli rumah baru dan macam-macam lagi. Korang google jer azam tahun baru, ada banyak cadangan yang akan diberikan.
Bagi aku simple sahaja, untuk kita sama-sama capai impian kita. Elok kita rancang dahulu. Terutama untuk azam yang tinggi melangit. 90% mereka yang gagal capai impian adalah orang yang tak ada perancangan apa-apa pun. Mereka hanyalah insan yang nak di mulut tapi bukan di hati mahupun tindakan. (kadang-kadang termasuk lah aku ni juga..haha)
Berhenti Kerja Di Coway Malaysia
Aku sudah berhenti kerja di Coway Malaysia dan mulai tahun 2020 ini, aku akan fokus kepada bisnes aku bersama adik aku , Azmir Zed. Bisnes ini telah kami jalankan lebih 4 tahun. Dulu adik aku seorang sahaja yang kendalikannya. Sekarang tiba masanya aku bantu dan bekerjasama dengan kepakaran yang aku ada.
Syarikat kami mengendalikan Fitness Training buat individu mahupun korporat. Antara client kami terdiri daripada Petronas, SBM Offshore, Felda dan banyak lagi. Doakan kami berjaya untuk bantu seramai mungkin insan yang inginkan gaya hidup sihat, fit, bahagia dan sejahtera.
Selamat Tahun Baru 2020 kepada korang semua. Semoga tahun ini korang akan capai lebih banyak impian dan cita-cita yang diinginkan.
Hafidz Zed
01.01.2020
#Wawasan2020 bukan sekadar kereta terbang!