Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Aku pasti korang dah biasa dengan website. Masa aku belajar Internet Marketing dahulu, aku diajar jenis-jenis website dan kegunaannya berbeza-beza.
Guru aku berpesan untuk gunakan website yang sesuai untuk bakal pelanggan. Tidak semua produk atau servis harus menggunakan jenis website yang sama.
Hari ini aku nak kongsikan sedikit tentang “Sales Page” atau Website Jualan. Tujuan utama Sales Page ini untuk memastikan bakal pelanggan yang masuk ke dalam laman tersebut membeli produk atau servis kita sebelum mereka keluar. Senang cerita, kita nak convert pelawat kepada pelanggan.
Ada dua jenis Sales Page yang korang perlu tahu:
1. Long-form sales pages – PANJANG
2. Short-form sales pages – PENDEK
Kedua-duanya direka lebih kurang sama. Sales Page tersebut bertujuan untuk menjual produk atau servis yang korang tawarkan. Perbezaannya adalah cara penyampaian dan panjangnya sebuah laman Sales Page tersebut.
Di sini aku sediakan contoh sales pages yang panjang, bit.ly/TeknikIceCream dan yang pendek, http://bit.ly/bukugooglemarketing untuk korang tengok perbezaannya.
Jika korang perasan, kedua-keduanya menjual produk atau servis yang berbeza. Konsep yang digunakan lebih kurang sama. Tetapi cara susunan ayat dan penerangan berbeza.
Oleh itu korang kena buat sedikit kajian tentang bagaimana Sales Page yang sesuai untuk produk atau servis korang. Korang boleh mula dengan menulis struktur dahulu sebelum korang reka cipta ke dalam platform website tersebut.
Struktur yang baik akan menyebabkan jualan terhasil. Pelawat sales page kita ini ibarat pengunjung shopping mall, mereka hanya tertarik dengan tawaran yang tidak dapat ditolak.
Mereka juga membeli buka sekadar perlu produk atau servis tersebut tetapi mereka membeli kerana betul-betul faham akan kepentingan atau hasil yang bakal diperolehi nanti.
Selamat melukis struktur sales page korang!