Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..
Aku tanya apa khabar…
Aku tanya apa khabar…
Aku tanya apa khabar…
Aku tanya apa khabar semua…
Korang mesti pernah dengar atau pernah nyanyi lagu ni kan? Aku cukup suka betul lagu “Aku Tanya Apa Khabar” nyanyian Joe Flizzow dan SonaOne ni. Setiap kali aku dengar lagu ni aku mesti teringat kat sahabat yang telah lama aku tak jumpa atau yang sudah meninggal dunia.
Terutama yang aku pernah ada ‘special moment’ tak kira yang best atau yang paling boring sekali. Banyak memori yang aku teringat ketika aku sekolah menengah dan belajar di Kolej dulu. Kadang-kadang aku teringat juga kepada sahabat non-muslim di Bangor, Wales.
Masa tu masih muda, kami ada bincang tentang masa depan. Ada yang nak jadi Jutawan, ada yang nak hidup senang dan tak mahu susah. Tapi ada juga yang Allah SWT lebih sayangkan mereka dan dijemput ilahi. Sekarang ni ada pelbagai platform media sosial yang boleh hubungkan kami.
Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansari RA bahawasanya seorang lelaki berkata “Wahai Rasulullah, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk syurga.” Jawab Rasulullah, “Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturahim.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sekarang ni apa aku boleh buat cuma teruskan berdoa untuk mereka yang tiada. Yang masih hidup, aku cuba sedaya upaya untuk teruskan persahabatan walaupun kami masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri.
Aku jaga silaturahim selagi boleh. Kadang-kadang kita berbeza pendapat tetapi kita pilih untuk guna konsep “Agree to Disagree” (baca: tidak berdebat) untuk menghormati pendapat masing-masing.
Tak sangka dari lirik lagu dan nyanyian sahaja, emosi kita boleh ‘trigger’ kepada memori indah. Aku bersyukur aku masih ingat pada sahabat aku. Dan dalam masa sama sahabat aku pun masih ingat pada aku. Aku harap sahabat yang aku kenali juga masih ingat pada aku.
Semoga sahabat yang lama kita tak dengar khabar berita, hidup sejahtera dan diberkati Allah SWT. Kita sama-sama doakan buat mereka.
Berkawanlah dengan orang-orang yang lebih baik darimu. Pilihlah sahabat-sahabat yang memiliki kepribadian lebih baik darimu, maka anda akan mencoba melakukan hal yang sama.
– Warren Buffet