Assalamualaikum,
Apa khabar semua..? Semoga kalian semua sentiasa sihat dan sejahtera hendaknya..
Hari ini aku baru habis training online untuk kerja aku di masa depan..
Guru aku pernah berpesan untuk kecapi kejayaan, kita kena ada displin yang tinggi. Salah satu cara untuk jaga displin adalah dengan bangun awal di pagi hari. Tapi kebiasaannya aku susah nak bangun pagi ni. Antara sebab-sebabnya sebab aku tak displin dengan tidur aku.
Aku pernah lalui fasa bangun lewat ini. Kebiasaannya disebabkan terlalu banyak sangat hiburan yang melalaikan di waktu malam, seperti main video game, lepak dengan kawan-kawan tengok bola, layan movie berjam-jam dan macam-macam lagi lah aktiviti yang seronok.
“Hiburan yang melalaikan di waktu malam..”
Masa tengah berhibur itu memang aku tak fikir pun pasal esok nak kerja pagi. Yang penting aku boleh enjoy waktu itu. Duit confirm lah habis, terutama masa main video game di Cyber Cafe.
Ada sekali itu boss aku dah tak tahan dengan sikap aku yang ambil sambil lewa. Biasanya aku akan masuk ke pejabat satu hingga dua jam lambat. Kali ini Boss aku dah standby nak jumpa aku depan-depan. Memang kantoi lah. Dia memang nak bagi aku “Warning Letter”.“
Insaf selepas dapat “Warning Letter” berkali-kali…
Aku insaf selepas itu, sebab aku tahu sumber pendapatan aku cuma dari kerja ini sahaja. Kali ini aku kawal ikut nafsu aku. Aku belajar hidup displin dengan mentor-mentor lain. Akhirnya aku jumpa teknik yang sebenar dan kenapa aku tak perlu bangun lewat.
“Hidup terlalu pendek,” dia panik, “Saya mahu lebih banyak.” Dia mengangguk dengan perlahan, “Bangun lebih awal.” ~ Dr. SunWolf
Aku pergi beli alarm clock yang besar dan bunyinya yang nyaring tu. Selepas itu aku set time yang paling awal aku kena bangun. Mula-mula memang susah sangat nak bangun. Pertama kali aku dengar bunyi alarm tu aku terus campak ke dinding.
Hari pertama gagal! Esok aku cuba lagi..alhamdulillah semakin hari semakin mudah. Aku bangun dengan gembira. Tidur aku pun cukup seperti bayi dan kanak-kanak yang happy.
Boss semakin hari semakin sayang…
Boss aku semakin sayang kepada aku. Kerja aku lebih baik dan KPI aku hit setiap bulan. Rezeki aku makin bertambah dan dalam masa yang sama aku dapat juga bermain video game. Rupanya hidup displin ini lebih gembira dan tidak stress.
Korang semua selalu bangun lewat juga ke? Ada solution untuk semua perkara, kalau betul kita mahu nak berubah. Cubalah teknik aku ini dulu, mana tahu boss kau makin sayang nanti..
Selamat Bangun Pagi!
Assalamualaikum tuan. Kisah tuan sangat sama dengan saya.
Saya juga pernah mengalami fasa bangun lewat kerana seronok berfoya foya. Namun kini banyak perubahan yang berlaku kerana saya mula sedar betapa pentingnya masa depan
Saya doakan anda dan kami semua berjaya disiplinkan diri untuk bangun pagi setiap hari. Amin.
Tq for the tips
Tahniah bang, berjaya berubah..
Terima kasih kongsikan tips bangun pagi. Saya akan praktikkan pula dalam life saya selepas ini.
TAHNIAH,,,doakan saya juga dapat berjaya ubah disiplin tidur lambat nie.
insyaAllah nak try tips dari tuan ni.
doakan saya juga berjaya ye
bangun pagi-pagi, mandi air sejuk..memang segar bugar mata..cargas nak buat kerja.
alhamdulillah. dah berjaya merubah kehidupan.
KakRaja recently posted…Hello world!
Fuh.. Bagus ini. Alhamdulillah saya jenis yangsenang terjaga 😂😆