Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera…
Hari ini aku rasa nak sambung kisah tentang saluran jualan yang pernah aku tulis sebelum ini. Yang belum baca, korang boleh pergi ke entri Saluran Jualan dahulu.
Seperti yang aku dah tulis sebelum ini, sebagai ejen jualan atau pemilik bisnes mesti tahu saluran jualan yang mana berkesan untuk kita. Korang tak perlu ikut trend semasa. Semata-mata untuk wujud tetapi hakikat sebenarnya tiada hasil di situ.
Sesat Jalan Tanpa Guru
Saluran jualan online ini sangat luas untuk korang explore. Tapi tanpa guru yang betul, korang mungkin akan sesat jalan. Bahan rujukan seperti di youtube memang banyak. Aku memang suka buat kaedah cuba jaya. Kadang-kadang ada hasilnya.
Bila aku dah mula jumpa jalan buntu, aku cari semula guru-guru aku yang pernah mengajar aku. Dalam masa yang sama aku cari guru-guru yang baru untuk upgrade ilmu sedikit demi sedikit.
Saluran Jualan Online
Di bawah aku senaraikan saluran jualan online yang berkesan untuk korang gunakan dalam bisnes atau jualan korang:
1. Website Jualan (baca: bukan sekadar info page)
2. Facebook Profile – Bina kredibiliti diri
3. Facebook Page – Bina kredibiliti produk/atau bisnes
4. Instagram – Sesuai untuk ikuti trend semasa dan lebih sesuai kepada video pendek
5. Youtube – Video Perkongsian berkenaan dengan produk/bisnes (bahan rujukan pelanggan)
6. Google Platform – Pengiklanan yang efektif untuk carian pelanggan
7. Whatsapp – sekarang dah story dan business platform yang boleh linked dengan facebook page
8. Facebook Ads – Pengiklanan di Facebook dan Instagram
9. LinkedIn – Lebih kepada servis/produk yang sesuai dengan corporate world
Korang boleh cuba baca dan fahamkan fungsi setiap platform dengan lebih details lagi. Ketahui kekuatan produk atau servis bisnes korang dahulu. Lihat jika ianya sesuai untuk korang.
Tak perlu buat semua serentak, nanti terus tak jadi apa sebab banyak sangat nak buat. Bina satu per satu jika ianya sesuai. Carilah guru dalam setiap platform jika mampu.
Selamat mencuba saluran jualan online yang aku sarankan ini.
Artikel Tentang Saluran Jaluran (Sales Channel)
- Bahagian 1 – Sales Channel (Saluran Jualan)
- Bahagian 2 – 9 Saluran Jualan Online Yang Berkesan Untuk Jurujual
- Bahagian 3 – 7 Saluran Jualan Offline Yang Sesuai Untuk Jurujual
the simple info yet compact. thanks bro !