Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Sudah masuk 5 hari kita berpuasa di bulan Ramadan ini. Syukur kita masih diberi nyawa untuk teruskan ibadah di bulan mulia ini. Dalam menjalankan aktiviti seharian, sudah pasti badan kita akan letih.
Maklumlah nak dekat setahun kita menjalankan aktiviti tanpa berpuasa, badan mengejut kerana kekurangan air, gula dan sebagainya. Ini menyebabkan badan kita mula sakit-sakit dan sengal-sengal.
Oleh itu kita perlu tahu antara tanda-tanda yang menunjukkan badan kita perlu berehat dengan betul. Korang boleh lihat tanda ini dengan mudah. Aku sertakan beberapa contoh di bawah.
1. Mengantuk Kerana Tidur Yang Tidak Cukup
Kajian menunjukkan tidur yang tidak mencukupi menyebabkan kekejangan otot dan sengal badan. Bila kita tidur, badan kita berehat dari sebarang pergerakan. Masa tidur inilah badan kita mendapat semula tenaga untuk buat aktiviti harian.
2. Bibir Kita Kekeringan
Disebabkan berpuasa, badan kita tidak mengcukupi air. Oleh itu ia boleh mengganggu tidur kita jika selepas berbuka. Kita perlu minum air bersih yang secukupnya mengikut kesesuaian tubuh badan kita.
3. Tiada Selera Makan
Walaupun kita berpuasa sepanjang hari, ada ketika di waktu berbuka kita tidak ada selera makan. Ini disebabkan badan yang terlalu penat. Salah satu sebab kita terlalu stress dengan kehidupan seharian.
4. Kerja Sehingga Waktu Berlebihan
Ramai orang kerja kuat setiap hari tanpa memikirkan kesihatan jangka masa panjang. Mereka risau akan kehilangan. Tidak salah untuk kerja kuat tetapi perlu ada masa berehat yang betul. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, dan yang dikendong berciciran.
5. Tidak Boleh Menumpukan Perhatian (Fokus)
Bila kita sudah tidak boleh fokus dalam kerja harian, kita perlu berehat sebentar. Ini kerana badan kita sedang menghantar mesej kepada otak untuk mulai perlahankan pemikiran.
Rehat dan Segar
Perkara di atas selalu berlaku dalam kehidupan seharian. Kita perlu tangani dengan segera dan tidak boleh ambil mudah. Kadang-kadang kita sudah nampak tanda-tanda di atas, tetapi kita teruskan dan buat tak tahu.
Korang sendiri tahu kekuatan badan masing-masing, tidak mengapa untuk berehat sebentar dan ambil sedikit masa untuk menyegarkan diri dan kembali dalam keadaan gembira, bahagia dan produktif.
Selamat merehatkan diri apabila perlu.