Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Baru-baru ini aku baru tonton video LIVE dari Jutawan Internet Irfan Khairi. Aku pernah belajar selama 9 bulan bersama beliau sebelum ini pada tahun 2014.
Aku terpanggil untuk kongsikan apa yang beliau cerita ketika dalam live session di facebook beliau.
Ramai daripada kita tak lakukan strategi ini. Mungkin kita buat salah satu tetapi tidak kesemuanya sekali dalam satu. Atau bahasa mudahnya; “Multi Marketing Strategy”.
Kalau korang rasa perniagaan mencabar pada tahun 2019 yang lepas, makan tahun 2020 akan menjadi lebih mencabar lagi. Sebab itu koramg perlu tahu strategi ini.
Strategi 1 : Reach Lebih Ramai Orang Lagi (Multi Marketing)
Gunakan platform iklan berbayar berikut:
• Facebook Ads (semua orang buat)
• Google Ads (tak ramai orang buat)
• Youtube Ads (lagi ramai pesaing korang tak buat)
Korang kena “attack” ketiga-tiga platform di atas. Ini caranya untuk dapatkan keuntungan yang lebih.
Kenapa buat iklan berbayar? Untuk dapat reach yang lebih cepat. Tapi jika korang tak ada budget, boleh gunakan platform percuma dengan pastikan content yang korang hasilkan dapat dilihat oleh bakal pelanggan.
Korang kena belajar teknik SEO ini jika nak jimat kos dan tak guna iklan berbayar. Cari jalan atau guru yang boleh bantu korang.
Strategi 2 : Convert Lebih Ramai Orang Lagi Menjadi Pelanggan
Pesaing makin ramai tahun 2020 ini. Korang kena fikir untuk berikan sesuatu secara PERCUMA untuk dapatkan conversion yang lebih tinggi kepada prospek.
Apa yang diberi percuma ini adalah untuk tingkatkan kepercayaan kepada produk atau servis korang. Fakta menyatakan 60% di luar sana tidak tahu perlu atau tidak produk korang.
Yang 60% inilah atas pagar, mereka ini perlu lihat VALUE yang tinggi dalam perniagaan korang. Contoh boleh bagi eBook, ilmu, free trial, free demo dan apa sahaja yang kos rendah.
Strategi 3 : Retain Pelanggan Sedia Ada Dan Buat Mereka Beli Lagi
Untuk dapatkan pelanggan yang pertama memang susah. tetapi bila mereka dah beli dari korang, lagi mudah repeat order dan kos makin rendah untuk bisnes korang.
Fikirkan satu loyalty program untuk bisnes korang. Sebagai contoh Emirates menggunakan sistem point untuk pelanggan. Ada kategori yang berbeza untuk pelanggan untuk claim reward bila gunakan perkhidmatan mereka.
Korang kena cipta satu program khas buat pelanggan. Pastikan mereka suka dan ingin kembali semula untuk bersama bisnes korang.
Kesimpulannya, korang kena tambah nilai kepada prospek dan pelanggan sedia ada supaya bisnes boleh berkembang dan menguntungkan!
Selamat mencuba dan buat secepat mungkin strategi ini.
Kongsikan artikel ini kepada kawan-kawan bisnes korang yang lain.
artikel yang sangat bagus
Evercare Physiotherapy recently posted…Rawatan Fisioterapi Vertigo.